Buka facebook ada permintaan rakan seseorang yang aku kenali.
Yeayyy,nampaknya dia tunaikan janjinya.Teima kasih cik.
Moga ikatan ukhuwah kita bukan hanya di alam maya
tapi till jannah dan dapat bertemu di alam realiti satu hari nanti.
Sejuta persoalan bermain-main di minda ku...Huhuhuhuhu
Lepas da sahkan permintaan rakan dari cik 2,
30 minit cam 2 adalah pulak permintaan rakan baru.
Seorang ja,tak ramai pun.Aku ne jenis main approve ja.
Siapa2 ja yang hantar friend request,aku sahkan ja tanpa banyak soal.
Bila tengok nama orang yang baru add aku 2,
Ya Allah...Dia rupanya.Rasa tak sangka pun ada
dan berdebar2 hati tengok namanya...
Ya,parut luka lama kembali berdarah...
Tahun lepas dia ada add aku.Itu pertama kali dia menghantar
permintaan rakan kat aku.Seperti biasa aku sahkan ja.
Lepas 2 buka profile dia dan tengok siapa dia.Kot2 aku kenal.
Ya Allah...Rupa2 nya dia rakan lamaku...Happy tak terkata.
Da lama kami tak jumpa dan akhirnya dapat berhubung kembali
walaupun hanya melalui laman sosial masa kini,Facebook.
Bertahun-tahun tak bersua muka rupanya tak mengubah
perangai dan sikapnya.Dia masih seperti dulu.Gila2,suka bergurau
dan buat aku ketawa.Tak kering gusi aku dibuatnya.
Secara automatik terimbas semula zaman kegemilangan kami dulu.
Terimbau saat manis,pahit dan 1001 rasa lain ketika bersama dulu.
Da lama tak jumpa macam2 la jadi topik perbualan yang terselit gurauan
dan di bibir hanya terukir manisnya senyuman...
Di mana ada kegembiraan pasti di situ ada juga kesedihan.
Di sebalik pertemuan kami di alam maya,
ada mata2 yang kurang senang melihatnya dan ada juga hati
yang tersakiti dengan kami berdua...Inilah terjadi bila cemburu buta
dan SALAH SANGKA memenuhi ruang jiwa...
Ternyata isteri sahabat lama ku itu 'mengalu-alukan' kedatangan ku
dalam hidup mereka.Sungguh berbekas di jiwa ku 'layanan teristimewa'nya.
Bukan pertama kali 'dilayan' sebegitu tapi da dua kali.
Kali kedua bila sahabatku itu rupanya telah add aku juga
melalui facebook keduanya dan bukan menggunakan nama sebenarnya.
Wah...lagi hebat 'penerimaan' isterinya 2 sampai dalam facebook pun
dia mewar-warkan 'layanan' nya itu.Malu juga aku.
Seperti kali pertama,kali kedua pun aku hanya mendiamkan diri.
Malas memanjang-manjangkan cerita nanti lain pulak jadinya.
Dan kini,dia menghantar permintaan rakan kali ketiga.
Setelah menimbang buruk baiknya,aku tidak akan menerimanya.
Maafkan aku sahabatku,aku tahu niat baik mu untuk menyambung ikatan
persahabatan kita yang terputus dek jarak dan masa agar bertaut semula.
Aku tidak betah dan aku tak sanggup lagi menerima 'layanan' isterimu itu.
Kita tak boleh seperti dulu sudah kerana status mu dulu dan kini
sudah jauh berbeza tapi bukan bererti aku sudah melupakanmu.
Tak mungkin ku lupa kerana kau adalah satu2 nya SAHABAT LELAKI
TERBAIK KU yang pernah aku ada.Maafkanlah aku...!!!
TERBAIK KU yang pernah aku ada.Maafkanlah aku...!!!
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Kini aku berhati-hati menerima
permintaan rakan daripada sesiapa.Tak seperti dulu,main approve saja.
Dan berchatting dengan lelaki berstatus 'SUAMI ORANG'
akan ku elakkan sampai bila2 melainkan keluarga sahaja.
Banyak hati yang perlu DIJAGA...
11 comments:
Jauh merenung Abak baca entri ni... Inilah kehidupan,yang telah berlalu biarkan berlalu..dan buatlah pilihan yang terbaik untuk masa akan datang... Dalam perhubungan memng ada pahit dan mnisnya,smoga tabah hadapi.... In Shaa Allah..
hati orang bukan main kita jaga kan kak.. hati kita siapa nak jaga.. hihhih
@Abak Lorong Cinta
3ma ksh ats nsht Abak berikn e2...InsyaAllah,Aamiin
@syazrah tarmin
Hehehehe btl 2 Syaz tp nsb la jmpa owg yg nk kta jaga & fhm prsn dorang je
ya, banyak hati kena jaga.. kan.. hurm ..
Sedihnya. Sabar ehhh. Mesti ad hikmah dsetiap ap yg berlaku. Sabar kay sabar . Keep smile :)
uisehhhhh.....menibulkan sejuta persoalan lagi tu kak izzah..apa juga tu??hihii
semoga ukhwa persahabatn kita sampai ke jannah kan kak..
@Siara Elina
Yap Siara,btl 2 :)
@unsecretostory
Mmg sntsa sbr la ne Aten law x,da lma b'perang.hahahaha
@Cik Puan
Ayat ja lbh tp xsmpi sjuta pn.huhuhuhu...b'kenaan zulaika 2 la.xsgka dia sppu cik ya???how small world :)
Luka di tangan boleh dilihat, luka di hati, siapa yang tahu. Huhu
Drop ur Comment here