Fresh Entri Must Read

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

31 Jan 2014

30 Januari 2014...Tarikh Istimewa

Unknown| 10:03 am| 6Comments|
Ne semalam punya cerita...
Pada 30 Januari 2014 merupakan tarikh teristimewa
bagi kami sekeluarga kerana pada tarikh tersebut
orang yang melahirkan aku,menyusukan aku dan membesarkan
aku hingga kini telah menyambut ulangtahun kelahirannya...

Yap,harijadi mak aku,Puan Bintoun binti Haji Jawaji.
Itulah sebaris nama yang telah membawa aku ke dunia,
mengandungkan aku selama 9 bulan 9 hari...
Semalam juga first time harijadi mak aku disambut.
Hanya kami dan jiran terdekat saja yang ada.
Baca doa selamat pun adik lelaki aku yang baca.

Juz majlis yang simple tapi cukup bermakna.
Oleh kerana harijadi bapa aku pun tak jauh sangat dengan
harijadi mak aku so dua2 sekaligus dicelebrated...
Jimat tenaga dan save bajet...Beza pun beberapa hari ja.
Mak aku da genap yang ke-49 tahun manakala bapa aku
pada 7 Februari ne genap 45 tahun...
Beza 4tahun ja kan???


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

29 Jan 2014

Wordless Wednesday #2

Unknown| 6:20 am| 6Comments|
Facebook

Membenci dan menyayangi seseorang
biar berpada-pada... (^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

26 Jan 2014

Parut Luka Lama Kembali Berdarah

Unknown| 7:36 am| 11Comments|

Buka facebook ada permintaan rakan seseorang yang aku kenali.
Yeayyy,nampaknya dia tunaikan janjinya.Teima kasih cik.
Moga ikatan ukhuwah kita bukan hanya di alam maya
tapi till jannah dan dapat bertemu di alam realiti satu hari nanti.
Tengok gambar2 cik kat facebook 2 menimbulkan kerutan seribu...
Sejuta persoalan bermain-main di minda ku...Huhuhuhuhu

Lepas da sahkan permintaan rakan dari cik 2,
30 minit cam 2 adalah pulak permintaan rakan baru.
Seorang ja,tak ramai pun.Aku ne jenis main approve ja.
Siapa2 ja yang hantar friend request,aku sahkan ja tanpa banyak soal.
Bila tengok nama orang yang baru add aku 2,
Ya Allah...Dia rupanya.Rasa tak sangka pun ada
dan berdebar2 hati tengok namanya...
Ya,parut luka lama kembali berdarah...


Tahun lepas dia ada add aku.Itu pertama kali dia menghantar
permintaan rakan kat aku.Seperti biasa aku sahkan ja.
Lepas 2 buka profile dia dan tengok siapa dia.Kot2 aku kenal.
Ya Allah...Rupa2 nya dia rakan lamaku...Happy tak terkata.
Da lama kami tak jumpa dan akhirnya dapat berhubung kembali
walaupun hanya melalui laman sosial masa kini,Facebook.

Bertahun-tahun tak bersua muka rupanya tak mengubah
perangai dan sikapnya.Dia masih seperti dulu.Gila2,suka bergurau
dan buat aku ketawa.Tak kering gusi aku dibuatnya.
Secara automatik terimbas semula zaman kegemilangan kami dulu.
Terimbau saat manis,pahit dan 1001 rasa lain ketika bersama dulu.
Da lama tak jumpa macam2 la jadi topik perbualan yang terselit gurauan
dan di bibir hanya terukir manisnya senyuman...


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

22 Jan 2014

Wordless Wednesday

Unknown| 5:58 am| 12Comments|


Credit: Facebook

Bersangka baik dengan segala perancangan Allah...(^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

20 Jan 2014

Hari Terindah Ku...(^__^)

Unknown| 11:51 am| 9Comments|
Tetiba dapat idea nak post benda ne.
Pada tahun lepas,1 Disember 2013 aku da genap 27tahun...
Huhuhuhu da tua pun..Terlalu banyak angkanya 2...
Ramai jugalah keluarga dan kawan2 wish aku kat facebook,,,
Mestilah dorang doa2 yang bek2 ja untuk aku tapi paling banyak
dorang doakan aku cepat2 kawennn...Gulp!!!InsyaAllah...
Kalau da jodoh takkan ke mana kan ya tak???

Da tahun baru 2014,baru nak post benda ne.Motifff???
Takda motif apa2 pun,saja ja nak kongsi hari bahagia aku masa tu.
Lagipun masa birthday aku 2,takda peralatan nak layari internet,
Da pun handphone samsung Corby II yang tak secanggih mana
seperti telefon korang semua.Hanya mampu post kat dalam facebook ja lah...
Tapi bersyukurlah sebab daripada langsung takda apa2...

Masa birthday aku hari 2,takda buat majlis grand2 pun.
Buat majlis biasa ja,sambut dengan keluarga kat rumah..
Kek pun mak aku yang buat dibantu oleh adik2 aku.
Di situ terletak keistemewaannya,hasil tangan orang2 yang aku sayangi.
Walaupun simple tapi amat bermakna...(^__^)

Biasa ja kan...Kami ada buat makan sikit2.
Time ne aku ja bergambar.Adik2 aku taknak bergambar pulak.
Takpa la,janji dorang celebrate birthday aku dan da buat yang terbaik
untuk birthday aku 2.Dalam hidup aku,merekalah anugerah terindah
dari Allah untuk aku.Takkan da gantinya pun,,,
Yala kawan2 dan pasangan hidup boleh dicari lagi
tapi adik-beradik takkan da penganti punya.
Ne lah gambar2 aku masa hari 'bersejarah' aku 2...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

24 Oct 2012

Warkah Buat Suami

Unknown| 12:34 pm| 10Comments|
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,,,
mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan,,,
menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************
sumber : Sini
SALAM AIDIL ADHA

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

22 Oct 2012

Renungan Bersama

Unknown| 11:19 pm| 12Comments|
Tadi godek2 facebook dan terjumpa kata2 nasihat ini,,,
Jom sama2 ambil iktibar yang cuba disampaikan,,,

Dia tengah tido, tapi malaikat duk tulis dosa dia. Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak. Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia. Dia xbuat ape2 pun...
malaikat masih x berhenti catit dosa dia.

Eh?
Ape salah dia?

Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya xmenutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.
Seramnya. Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak 2. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dengan api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~


Sape2 pun bley buat camtu kan? Nanti awak dah meninggal, kat dalam kubur 2 malaikat xkan berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yang x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu~



Mahukah kita seperti salah seorang di atas???
Cuba kowang check balik kat Facebook,adakah gambar2
korang yang tidak tutup aurat???
Kalau ada,silalah delete semua,,,
Ini untuk kebaikan kita bersama juga,,,
Kita tidak tahu bila ajal akan menjemput,,,
Bila da meninggal,masih sempat ke
 kita nak delete semua gambar2 tersebut???

Petang tadi aku try google carian image 
untuk nama ku, Izzah Norlizah,,,
Aku agak kaget sebab semua gambar2 yang aku upload
di blog terpapar dengan jelas kesemuanya,,,,
Bangga sekejap sebab selalu tengok artis2 je 
yang menghiasi Google,,,Nampak kejakunan aku di situ,,,^^
Korang try la nama korang pulak dan kalau ada gambar2
anda yang tidak menutup aurat,korang pasti tahu
apa yang patut dilakukan,,,,

Aku pernah dengar ada cara untuk meng'hack' facebook
orang yang da meninggal dunia,,,
Sejauh mana keberkesanannya, aku sendiri tidak pasti,,,
Tapi untuk menutup blog yang empunyanya
da arwah,aku tidak pernah mendengarnya lagi,,,
Fikir2 kan dan renung2 kanlah,,,
-->
Sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja balasannya 70 000 tahun dalam neraka. Sehari akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Petua Islam Untuk Mengatasi Masalah Tidur

Unknown| 2:45 am| 8Comments|
Masih ada tak yang tak tidur lagi???
Senang cakap yang sama spesies dengan burung hantu.
Siang tidur,malam pulak berjaga,,,
Aku adalah salah seorang daripada spesies itu,,,
Walaupun tak tidur siang dan awal bangun pagi,
bila je tengah malam menjengah 
mesti tak dapat tidur juga,,,Sakit kepala.

Da macam2 cara aku buat,,,
Sampai aku sanggup minum ubat batuk semata-mata
nak tidur awal,,,Last2 dapat pulak batuk,,,
Dan masalah aku masih berulang,,,
Cara yang tak sihat pun aku try,,,
Selalu makan tengah malam untuk cepat mengantuk,,,
Hasilnya berat badan bertambah dan paling
menyiksa aku apabila sekarang ne baru bersusah-payah
nak turunkan badan dan buang lemak yang menumpang
di sudut badan ku seperti di paha,perut,muka dan lengan.


Sebelum aku membuta,aku nak share petua ISLAM
untuk mengatasi masalah tidur dalam kalangan kita,,,
Harap2 dapat membantu yang berkongsi
masalah yang sama dengan kes aku ne(InsyaAllah)
Jom kita amalkan bersama-sama^__^
  • Berwudhuk sebelum tidur,,,
  • Membaca al-Fatihah,ayat kursi,3 Qul(Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nass)
  • Mengucap dua kalimah syahadat
  • Membaca doa tidur
  • Bercakap/berdoa menyatakan impian anda 
dalam hidup di dunia dan di akhirat
Tutup mata dan baca istighfar dalam hati hingga terlelap
 
Memang da ramai tahu petua ini namun sebagai insan biasa,
kita sering melupakannya dan jarang mengamalkannya,,,
Moga kali ini kita istiqamah melakukannya,,,^^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...