Fresh Entri Must Read

Showing posts with label Salam Aidil Adha. Show all posts
Showing posts with label Salam Aidil Adha. Show all posts

24 Oct 2012

Warkah Buat Suami

Unknown| 12:34 pm| 10Comments|
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,,,
mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan,,,
menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************
sumber : Sini
SALAM AIDIL ADHA

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012

Unknown| 1:25 am| 10Comments|
 
Tengok tajuk mesti korang da tahu kan???
Tak ke rasa awal sangat???Cam tak sabar2 pulak.
Selalu orang ucap sehari sebelum raya tiba,,,
 Tapi aku n awal sikit(sikit je,tak banyak)...

Saje je nak ucap awal sebab takut tak sempat,,,
Esok petang da bertolak pergi bandar Tawau,,,
Khamis baru balik kampung,Semporna,,,
Kalau da kat kampung memang tak online punya,,,
Korang pun mesti cam 2 kan???

Ok lah,tak nak panjang2 kan cerita,,,
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha ya
kepada semua kawan2 blogger a.k.a follower aku,,,
Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Bagi aku,memang raya korban tahun ne amat bermakna,,,
Sebabnya baru first time sambut kat kampung,,,
Selalu tak balik,stay kat rumah je dan
beraya kat rumah jiran2 dan kawan2,,,

Bagi yang ada ahli keluarga tersayang di tanah suci Makkah,
jangan sedih2 tau,,,Mereka menyahut seruan Ilahi,,,
Bila mereka da balik,sambut dengan senyuman kegembiraan...
Tu je,,,Walaupun aku takda,rajin2 la singgah 
dan lawat blog aku ne,,,Nanti aku terjah balik,,,
Tak kiralah lambat atau cepat,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...