Fresh Entri Must Read

31 Jan 2014

Tutorial Ringankan Blog Dengan CSS

Unknown| 3:15 pm| 5Comments|
Hai Readers...Salam Jumaat semua.
Hari ne nak kongsi dengan korang tutorial ringankan blog dengan CSS.
Aku pun baru dengar tutorial ne dan telah mencubanya.
Alhamdulillah...memang terbukti berkesan dan blog pun ringan.
Kalau korang buka blog aku,tunggu lama x???
Kalau cepat,maknanya blog aku ne senang loadingnya...
Berkat ikut tutorial ne la...
Sebagai bukti keberkesanannya,kat bawah ne berat blog aku
sebelum mencuba tutorial ini...
9.05 saat diambil untuk korang membuka keseluruhan blog aku.
Di bawah ne gambar selepas aku menggunakan tutorial ringankan blog dengan CSS..
Lihat perbandingan sebelum dan selepas menggunakannya...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

30 Januari 2014...Tarikh Istimewa

Unknown| 10:03 am| 6Comments|
Ne semalam punya cerita...
Pada 30 Januari 2014 merupakan tarikh teristimewa
bagi kami sekeluarga kerana pada tarikh tersebut
orang yang melahirkan aku,menyusukan aku dan membesarkan
aku hingga kini telah menyambut ulangtahun kelahirannya...

Yap,harijadi mak aku,Puan Bintoun binti Haji Jawaji.
Itulah sebaris nama yang telah membawa aku ke dunia,
mengandungkan aku selama 9 bulan 9 hari...
Semalam juga first time harijadi mak aku disambut.
Hanya kami dan jiran terdekat saja yang ada.
Baca doa selamat pun adik lelaki aku yang baca.

Juz majlis yang simple tapi cukup bermakna.
Oleh kerana harijadi bapa aku pun tak jauh sangat dengan
harijadi mak aku so dua2 sekaligus dicelebrated...
Jimat tenaga dan save bajet...Beza pun beberapa hari ja.
Mak aku da genap yang ke-49 tahun manakala bapa aku
pada 7 Februari ne genap 45 tahun...
Beza 4tahun ja kan???


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

30 Jan 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamamiza.com

Unknown| 2:44 pm| 16Comments|
KLik Banner di atas

Mamaniza nak cari bloglist baru dalam blog beliau.
Seramai 50 bloglist diperlukan bagi mengisi bloglist Mamaniza.
Baru ja aku letak Mamaniza ne dalam bloglist aku.
Jatuh cinta dengan blognya yang bertemakan warna hijau
dan entri2 nya yang menarik hingga membuatkan aku tertarik...

Pemilihan dibuat secara random dan yang aktif berblogging sahaja
menjadi pilihan Mamaniza. Blog yang hanya mengandungi
segmen atau G.A semata tak dialu-alukan...
Adakah anda bloglist yang Mamaniza cari???
Hehehe..harap2 terpilih sebagai salah seorang bloglist Mamaniza... (^__^)
Tamat pada 31 Januari 2014...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Ranking Blog dalam Alexa

Unknown| 10:24 am| 9Comments|
Al-Hamdulillah pencapaian ranking blog Izzah Punya Story
hari demi hari ada peningkatan walaupun masih jauh di belakang.
Sebelum ini,ini kedudukan blog Izzah Punya Story...


Tadi check lagi dan ini hasil keputusannya...


How popular is Izzah-norlizah.blogspot.com???
Wah...kelas ko Alexa ayat ko.Hehehehe...
Yang aku bulatkan warna hijau 2 kedudukan blog aku di antarabangsa.
Ranking yang ke 2928,954.
Kedudukan di Malaysia pulak yang aku bulatkan warna pink 2.
Sekarang Izzah Punya Story berada di kedudukan 13,926.

Korang da check ka???Yang tak pernah check lagi 2,check kat sini...
Nak letak widget ne dalam blog,ikut tuto ne dengan hati-hati ya...

1. Dashboard>Layout>HTML/Javascript
2. Copy code di bawah

<center><a href="http://www.alexa.com/siteinfo/Izzah-norlizah.blogspot.com"><script type="text/javascript" language="javascript" src="http://xslt.alexa.com/site_stats/js/s/a?url=Izzah-norlizah.blogspot.com"></script></a></center>

Hijau= Tukar dengan url blog korang...

Bukan apa,dengan meletakkan widget ne dalam blog
dan setiap hari kita melihat ada peningkatan
semangat nak berblog itu makin berkobar-kobar
dan berusaha buat yang terbaik untuk meningkatkan
lagi prestasi kedudukan blog dalam dunia blogging ne.
So tak rugi dan jangan malu letak walaupun kedudukan korang
masih jauh ke belakang macam aku ne (^__^)

Bagi korang yang da check kedudukan blog korang dalam Alexa 2,
Kongsikan juga di sini ya...Aku pun nak tahu.
2 pun kalau korang sudi kongsi la...Tak paksa pun.
Apa pun,Selamat berblogging semua...
Nak kemas2 dan cantikkan rumah dulu sebab malam ne
da event kat rumah aku.Da sambutan harijadi.
Nak tahu harijadi siapa,nanti aku bagitahu
dalam entri seterusnya.Tunggu tahu...^__^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Review Follower #600

Unknown| 7:35 am| 10Comments|
Entri sebelum ini,aku ada review follower yang ke-555
yang jatuh kepada Abak...Dalam 1 minggu lebih sahaja
kini follower aku sudah mencapai 604 orang.
Terima kasih kepada korang yang sudi follow blog aku yang tak
seberapa ini.Yang lagi banyak merapu entah apa2...(^__^)


Follower aku yang ke-600 yang akan aku review sekarang
adalah memperkenalkan...


Pemilik blog AnnaSecretLife ne lebih suka dipanggil Anna sahaja.
Berusia 20 tahun dan merupakan bloggers Sabahan yang berbangsa Dusun.
Orang Dusun ne terkenal di Sabah sebab perempuan2 nya
cantik2 dan putih melepak kulitnya.Hehehehehe...
Setakat ne Anna ada 78 follower dan aku ingatkan dia ne baru
dalam berblog rupanya mula berblogging sejak tahun 2012 lagi.

Dalam blognya,dia mengabadikan kisah hidupnya.
Ada satu pages khas yang ditulisnya sebagai "DIARI".
Nak kenal lebih rapat tentang dirinya kenalah click sana
tapi ada entrinya semua menggunakan bahasa Inggeris.
So siapa yang kurang faham bahasa Inggeris ne kena buka
Google Translate juga ya.Hihihihi...


Blognya yang berlatarkan warna hitam dan ada kelip2 putih
membuatkan kita seperti di angkasa raya...
Nampak simple dan kemas susunan blognya.
Rasa tenang di sana bertemankan muzik Sentimental
Rivers flow in you...Entri2 nya lebih banyak berkaitan pasal Islam.
Di mana2,bila2 masa dan siapa2 pun tak lari dari pernah
rasa stress kan???Anna ne ada tulis entri berkenaan
Cara mengatasi stress mengikut pandangan Islam...
So korang yang rasa stress 2 bolehla gunapakai
tips2 yang dia kongsikan itu...

Sebelum menamatkan entri kali ne,
marilah kita pakat ramai2 terjah dan follow blog Anna ne
pada siapa2 yang belum follow lagi 2.
InsyaAllah...banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita cedok di sana.
So,jom berkenal-kenalan dengan lebih rapat dengan dia ok...(^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

29 Jan 2014

Wordless Wednesday #2

Unknown| 6:20 am| 6Comments|
Facebook

Membenci dan menyayangi seseorang
biar berpada-pada... (^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

28 Jan 2014

Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku

Unknown| 7:03 am| 9Comments|
Klik Banner di atas

Oleh kerana puan punya segmen da susah-payah invite aku join
giveaway yang dia anjurkan sampai aku tahu kewujudan 
segmen seumpama ini so nak beri sokongan padu
dengan mnyertai segmen tersebut.Adat bergiveaway,kena follow
semua sponsor yang baik hati dan pemurah kerana menyediakan hadiah
untuk para pemenang yang akan diumumkan selepas tamatnya segmen ne.
Da follow blog,like dan add dalam facebook serta follow
dalam Twitter penganjur dan para sponsor...

Giveaway ne diadakan bertujuan menyokong usaha Nazma Khan
yang mendapat inspirasi mengajak seluruh wanita dunia 
untuk mengenakan hijab meskipun cuma untuk satu hari
supaya semua orang boleh menikmati keselesaan dan ketenangan 
dalam berhijab atau bertudung.Sekarang pendapat aku
berkenaan kepentingan berhijab kepada wanita...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

26 Jan 2014

Tutorial Buat Cursor Nama Dengan Mudah

Unknown| 11:46 am| 11Comments|
Al-Hamdulillah...Yesss,yeayyy dan yahooo...
Happy nya hari ne sebab da ada cursor pakai nama sendiri.
Sebelum ne pernah juga ada cursor nama Izzah Norlizah
tapi tak berapa lawalah.Yang itu pakai software Photoshop.
Tak pandai lagi guna software 2.Pandai gitu2 ja...

Cursor baru ne tak pakai mana2 software pun.
So tak payah susah2  nak download lagi.
Juz pergi laman web Pixlr...
Sangat mudah,cepat dan puas hati.
Korang nak juga ka ada cursor pakai nama
macam aku???Yang tak pandai2 lagi wat cursor sendiri.
Hehehehe...Kalau nak aku ajar korang ya step by step
cara buat cursor kat Pixlr.Jangan risau,semudah ABC ja.


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Parut Luka Lama Kembali Berdarah

Unknown| 7:36 am| 11Comments|

Buka facebook ada permintaan rakan seseorang yang aku kenali.
Yeayyy,nampaknya dia tunaikan janjinya.Teima kasih cik.
Moga ikatan ukhuwah kita bukan hanya di alam maya
tapi till jannah dan dapat bertemu di alam realiti satu hari nanti.
Tengok gambar2 cik kat facebook 2 menimbulkan kerutan seribu...
Sejuta persoalan bermain-main di minda ku...Huhuhuhuhu

Lepas da sahkan permintaan rakan dari cik 2,
30 minit cam 2 adalah pulak permintaan rakan baru.
Seorang ja,tak ramai pun.Aku ne jenis main approve ja.
Siapa2 ja yang hantar friend request,aku sahkan ja tanpa banyak soal.
Bila tengok nama orang yang baru add aku 2,
Ya Allah...Dia rupanya.Rasa tak sangka pun ada
dan berdebar2 hati tengok namanya...
Ya,parut luka lama kembali berdarah...


Tahun lepas dia ada add aku.Itu pertama kali dia menghantar
permintaan rakan kat aku.Seperti biasa aku sahkan ja.
Lepas 2 buka profile dia dan tengok siapa dia.Kot2 aku kenal.
Ya Allah...Rupa2 nya dia rakan lamaku...Happy tak terkata.
Da lama kami tak jumpa dan akhirnya dapat berhubung kembali
walaupun hanya melalui laman sosial masa kini,Facebook.

Bertahun-tahun tak bersua muka rupanya tak mengubah
perangai dan sikapnya.Dia masih seperti dulu.Gila2,suka bergurau
dan buat aku ketawa.Tak kering gusi aku dibuatnya.
Secara automatik terimbas semula zaman kegemilangan kami dulu.
Terimbau saat manis,pahit dan 1001 rasa lain ketika bersama dulu.
Da lama tak jumpa macam2 la jadi topik perbualan yang terselit gurauan
dan di bibir hanya terukir manisnya senyuman...


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

24 Jan 2014

Pencarian Bloglist 2014

Unknown| 11:57 pm| 13Comments|
(Gambar Buat Muka Simpati Kesian 20 sen)

Tengok tajuk mesti korang da tahu kan???
Yap aku nak cari bloglist 2014 untuk blog hijau aku ne.
Senang nanti nak blogwalking dan ushar2 blog korang
yang tak kurang awesomenya 2...

Sebelum ne sibuk memanjang je menghias,memperindah
dan memperkemas blog aku ne...Fuh,,,rupanya bukan senang
nak edit blog ne ya???Perlu kerajinan yang jitu dan kesabaran
yang cukup tinggi.Bila da selesai satu,ada pulak widget2
penting yang hilang.Terjah balik blog tutorial yang aku ikut
dan buat lagi,ulang lagi begitulah seterusnya...Memakan masa...

Sekarang blog aku berubah wajah sedikit(sikit ja,tak banyak).
Korang perasan tak???Bagi orang yang rajin datang blog aku ne
mesti perasan punya...Puas hati da tengok blog aku sekarang.
Fanatik ku terhadap warna hijau dapat aku lepaskan dan muntahkan
sepuasnya kat blog aku ne...Ok,aku mengaku aku ne
peminat tegar warna hijau... (^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Tutorial Link Rainbow (Warna-warni)

Unknown| 12:57 am| 5Comments|
(Hiasan cuma)

Tak tahu nak post apa so nak kongsi tutorial la...
Of course la tutorial cantikkan blog...
Bagi yang da tahu dan da cuba tuto ne,tahniah untuk anda... :)
Bagi yang baru tahu dan nak cuba meh sini...
Datang dekat2 dan perati betul2 camna cara buat
Tutorial Link Rainbow...

Senang ja tak payah nak edit2 code bagai...
Just tambah gadget je...
Kita suka simple2 ne...Tak banyak kerja dan masa.
Nak bagi faham dan contoh,korang halakan cursor
(Halakan je,jangan click) kat tajuk2 entri aku kat sidebar 2.
Lawa tak???Berminat ikut cara kat bawah ne...


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

22 Jan 2014

Wordless Wednesday

Unknown| 5:58 am| 12Comments|


Credit: Facebook

Bersangka baik dengan segala perancangan Allah...(^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

21 Jan 2014

Giveaway Blogger SS

Unknown| 2:30 am| 13Comments|
http://shafiquestevenson.blogspot.com/2014/01/giveaway-blogger-ss.html
Click Banner di atas

Hujan renyai2 di luar menemani daku saat menulis entri ini.
Walaupun kadang-kala keciputan Internet connection mencabar kesabaran
Namun ku gagahi jua dan ku tahan hati lantaran sudah berjanji...
Janji itu perlu ditepati walaupun banyak halangan menanti... :)
Join giveaway yang diadakan oleh dua blogger yang sedang
dilamun asmara,iaitu Shafiq dan Amirah Nuraisyah...
Syarat2 tak banyak,simple ja.Semua da follow..

Now masa untuk menulis mengapa aku layak menjadi
seorang blogger berguna..Tulisan haruslah lebih daripada 50 patah perkataan.
Baca bebaik semua ya dan hayati maksud di sebaliknya sedalam-dalamnya... (^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

20 Jan 2014

Hari Terindah Ku...(^__^)

Unknown| 11:51 am| 9Comments|
Tetiba dapat idea nak post benda ne.
Pada tahun lepas,1 Disember 2013 aku da genap 27tahun...
Huhuhuhu da tua pun..Terlalu banyak angkanya 2...
Ramai jugalah keluarga dan kawan2 wish aku kat facebook,,,
Mestilah dorang doa2 yang bek2 ja untuk aku tapi paling banyak
dorang doakan aku cepat2 kawennn...Gulp!!!InsyaAllah...
Kalau da jodoh takkan ke mana kan ya tak???

Da tahun baru 2014,baru nak post benda ne.Motifff???
Takda motif apa2 pun,saja ja nak kongsi hari bahagia aku masa tu.
Lagipun masa birthday aku 2,takda peralatan nak layari internet,
Da pun handphone samsung Corby II yang tak secanggih mana
seperti telefon korang semua.Hanya mampu post kat dalam facebook ja lah...
Tapi bersyukurlah sebab daripada langsung takda apa2...

Masa birthday aku hari 2,takda buat majlis grand2 pun.
Buat majlis biasa ja,sambut dengan keluarga kat rumah..
Kek pun mak aku yang buat dibantu oleh adik2 aku.
Di situ terletak keistemewaannya,hasil tangan orang2 yang aku sayangi.
Walaupun simple tapi amat bermakna...(^__^)

Biasa ja kan...Kami ada buat makan sikit2.
Time ne aku ja bergambar.Adik2 aku taknak bergambar pulak.
Takpa la,janji dorang celebrate birthday aku dan da buat yang terbaik
untuk birthday aku 2.Dalam hidup aku,merekalah anugerah terindah
dari Allah untuk aku.Takkan da gantinya pun,,,
Yala kawan2 dan pasangan hidup boleh dicari lagi
tapi adik-beradik takkan da penganti punya.
Ne lah gambar2 aku masa hari 'bersejarah' aku 2...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

19 Jan 2014

Segmen : Ramaikan follower,Raikan Ukhuwah

Unknown| 9:02 am| 13Comments|
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html
(Click Banner)

Tadi da review pemilik segmen ne,sekarang masa untuk
join segmen yang dia buat ne pulak.Tengok tajuk da best.
Segmen Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah ini berlangsung
dari 7 Jan-7 Feb 2014...Syarat2 nya pun tak banyak.
Mudah je. InsyaAllah da hadiah dan review bagi blog terpilih...
Mari ramai2 beri sambutan yang menggalakkan...
Ukhuwah fillah,tanjung Mardhatillah...(^__^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Review Follower #555

Unknown| 8:42 am| 12Comments|

Dulu pernah ada niat nak review follower aku tapi tunggu angka follower
mencecah 500 orang ke atas dan al-Hamdulillah da sampai ke tahap yang diharapkan pun...
Follower ini bertuah kerana orang pertama yang aku review
sepanjang aku bergelar blogger dalam dunia blogging ini,,,(^__^)
Follower aku yang ke-555 memperkenalkan teng...teng...teng.

http://lorong-cinta.blogspot.com/


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Segmen Bloglist 2014: I Follow YoU,YoU Follow Me

Unknown| 6:52 am| 2Comments|
Hampir dikatakan tiap2 hari berjaga malam...
Penyakit burung hantu ne kembali lagi dalam hidupku.
Siapa yang berkeadaan sedemikian,kita geng ok,,,(^__^)
Time2 beginilah senang tulis entri,join pelbagai segmen dan blogwalking.

(Sekadar gambar hiasan.Kredit Mr.Google)

Kali ini segmen Puan Uni Aqilah jadi mangsa 'join' aku...
Segmen ne takda banner dan syarat2 yg dikenakan tak banyak.
Cuma follow blog beliau,letak beliau sebagai bloglist kita
dan akhir sekali letak url entri berkenaan segmen ne
di ruangan komen blog beliau. Selepas itu,beliau pulak akan buat
perkara yang sama,,,Sesuai sangatlah dengan tajuk segmen ne.
Yang menariknya nama kita akan menjadi bloglist beliau sepanjang 2014.
Best kan???Siapa berminat,click sini ok,,,
Tarikh tutup belum diumumkan lagi dan blogger yang tersenarai
dalam bloglist beliau berpeluang menjadi penulis jemputan dalam blog beliau,,,
Ok itu saja,,,Ada masa,jom ramai2 meriahkan segmen ne,,, :)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Bloglist Part #1 by Diari Farisha

Unknown| 6:16 am| 1Comments|

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html

Jemput Blogger seantero Malaysia join
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Jom Masuk Bloglist Misya

Unknown| 3:58 am| 2Comments|
Rasanya da lama tak update blog. Konon idea datang membuak-buak
tapi tahun 2014 ne berapa ketul je entri ko tulis kan???
Hehehehe entahlah,idea 2 banyak tapi susah nak cakap camna...
Ok,fine jom kita pergi ke point utama...
Berminat menjadi bloglist cik Misya???Jom sertai segmen beliau.

http://www.aimisyahirah.com/2014/01/segmen-jom-masuk-bloglist-misya.html
Sila click banner di atas untuk more details...

Tarikh tutup bila2 masa sahaja,,,
Semua peserta yang join akan diletakkan dalam bloglist cik Misya...
So,feel free 2 join ok,,, :)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

15 Jan 2014

Freebies Background Green

Unknown| 2:43 am| 6Comments|
Ne background warna hijau. Boleh guna utk background dalam blog
sama ada background utk banner,sidebar,kotak komen dan sebagainya.
Ini juga untuk memudahkan blogger penggemar warna hijau cam saya
tak susah nak cari background warna hijau. So, enjoy it,,, (^__<)




Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Freebies Background Pink Cute

Unknown| 1:54 am| 6Comments|
Semua background ne warna pink je dan da bermacam-macam corak.
Pilih je yg mana satu korang berkenan. Semua ne ambl dari Google.
Rata2 blogger khususnya perempuan minat colour pink ne.
Aku pilih yang comel2 dan cute2 je untuk pengemar colour pink.
Boleh letak dalam banner,sidebar,shoutbox dan tempat yang patut.
Harap ada yang berkenan ya,,,




Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...