Fresh Entri Must Read

12 Jan 2014

Aiskrim Homemade

Unknown| 4:01 pm| 3Comments|
Entri simple je ne hari.Masa 31/12/2013 aku ada buat aiskrim.
Buat aiskrim homemade.Saja suka2 nak wat dan nak mencuba.
Al-Hamdulillah percubaan pertama menjadi.Suka sangat2.
Bahan2 nya pun senang nak cari dan tak banyak bagai.
Dapat resepi ne pun dari salah satu group dalam fb yang aku join.
Group Resepi Dan Masak-masak nama group tu.


 (Abaikan dua sudu itu)


Tak rugi join group tu. Macam2 jenis masakan kita boleh tengok.
Siap bagi resepi lagi so senanglah nak cuba.
Ahli2 group pun saling bekerjasama antara satu sama lain.
Memang bestlah dan group terbaeeeek punya...
Da siapa2 tak yang tak tahu lagi cara nak buat aiskrim homemade ne???
Di sini saya ada sertakan resepinya sekali. Moga bermanfaat,,,,


BAHAN_BAHAN:
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat(boleh kurangkan kalau tak mahu manis)
  • 1 tin air suam
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1/2 cawan milo
CARA-CARA:
  1. Pukul sampai kembang dan gebu semua bahan2 di atas kecuali milo.(Cara senang,blend je)
  2. Pukul dalam 1/2 jam, selepas itu letak serbuk milo.
3.   Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 5 jam.

3 comments:

kakaktiricinderella said...

lama dah tak buat aiskrim huhu

Unknown said...

t da masa cubala... :)

Cik Puan said...

cik pernah cuba ne..tapi tak samalah rasa nya dengan aiscream yang di jual tu kan..boleh lah kalau untuk makan2 sendiri...