Fresh Entri Must Read

Showing posts with label Tips-tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-tips. Show all posts

9 Feb 2014

5 Tips Ringankan Blog

Unknown| 5:04 pm| 17Comments|

Salam berhujung minggu semua...
Apa aktiviti korang di hujung minggu ne???
Walau apa pun aktiviti yang korang lakukan,
buatlah perancangan dengan sebaik mungkin
dan isi dengan perkara2 yang mendatangkan manfaat kepada diri.

Hari ini aku ingin kongsikan 5 Tips Meringankan Blog.
Setiap blogger pastinya inginkan blog menjadi ringan
untuk memudahkan pengunjung,pembaca dan siapa2 saja
yang bertandang dalam blog kita.Ada banyak cara sebenarnya
untuk membuatkan blog kita menjadi ringan...


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

3 Feb 2014

7 Tips Menulis Entri Menarik

Unknown| 1:03 pm| 14Comments|

7 Tips Menulis Entri Menarik ne aku ambil daripada bloger2 senoir.
Tak lah copy paste 100 % kerana aku olah sedikit demi sedikit
menggunakan ayat dan perkataan sesedap rasa ku sendiri...
Menulis entri nampak mudah tapi sebenarnya perlu ada caranya
untuk menulis entri menarik di hati pembaca...Let's cekidout...

1. Tajuk yang menawan
Dalam menulis sesebuah entri perlu ada tajuk...
Tajuk sangat penting untuk menarik minat pembaca.
Buatlah tajuk yang menawan sehingga pembaca tertawan
untuk membaca entri kita.Tak kisah seberapa banyak masa diambil
semata-mata nak mencari idea membuat tajuk yang menawan
atau omputeh panggil 'Killer Title'...

2. Mukadimah yang awesome
Jika mukadimah sudah best dibaca, tentunya pembaca akan berfikir
isi2 entri seterusnya tak kurang hebatnya dan pembaca tak sabar2
ingin meneruskan pembacaan sehingga pengakhirannya...
Susun kata2 indah tapi bermakna dan tak jauh ke laut dari tajuk.
InsyaAllah kita akan dapat buat mukadimah yang awesome
sehingga pembaca berasa teruja membacanya...

3. Variasi / Kelainan
Semasa menulis entri,buat variasi atau kelainan.
Variasi dimaksudkan di sini letakkan gambar atau video yang berkaitan
dengan isi entri kita.Saat mata pembaca lama melihat tulisan,
kita hidangkan dengan gambar atau video untuk merehatkan mata pembaca.
Jika ada perkataan penting,kita bold kan dan besarkan perkataan tersebut.

4. Buat kajian dan perbandingan dengan blog2 lain
Dalam dunia blogging kita kena rajin berblogwalking ke blog2 lain.
Apa guna follower beribu-ribu jika satu blog follower pun kita tak pijak.
Semasa berblogwalking,jangan hanya tinggalkan jejak tetapi
baca entri2 mereka juga.Luas berblogwalking dapat meningkat pengetahuan
dan menambah pengalaman.Buat perbandingan dan kajian dengan blogger2 
lain semasa membaca entri2 mereka terutamanya blogger2 popular.
Cedok ilmu di sana,ok bukan copy paste.Biar entri kita tak setanding
dan tak sehebat mereka asalkan dari pemikiran dan hasil kita sendiri.
Masih ada masa untuk memperbaiki segalanya.


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

2 Feb 2014

Khasiat Limau Nipis

Unknown| 10:26 pm| 8Comments|


Limau nipis ada 1001 kegunaan dalam menjaga kesihatan dan kecantikan
baik dalaman ataupun luaran,,,Antara kelebihannya adalah:


1. Kesihatan kulit kepala
*Perahkan ayer limau&letakkan  di atas kulit kepala
dan lumurkan hingga rata.Biarkan selama 10minit.
Kemudian basuh dengan air suam

2. Memutihkan kulit
*Limau nipis dikisar&lumur pada kulit seluruh badan.
Biarkan beberapa minit sebelum dibasuh.
Limau tersebut berfungsi sebagai agen pengelupasan sel2
kulit mati dan mengecilkan pori2...


3. Mengempiskan perut buncit
*Campurkan perahan limau nipis dengan kapur sirih.
Sapu ke perut...

4.Membersihkan nikotin pada gigi
*Limau nipis di hiris2.Sapu pada bahagian gigi.
Ia mengandungi asid sitrik


5. Mengatasi lebam bawah mata
*Gunakan hirisan limau nipis & perahkan airnya
ke bawah mata untuk seketika sebelum membasuhnya.

6.Mengurangkan hitam di siku & lutut
* Limau nipis digosok pada siku & lutut...



7.membersihkan kuku kotor&hitam
* Lumurkan minyak kelapa & isi limau pada kuku
* Mengembalikan keserian pada kuku

8.mengatasi kaki berbau
* Memakai kasut yang tertutup...
Ambil limau nipis & gosokkan pada seluruh tapak kaki..

9. Urat timbul pada betis
*Gosok limau nipis pada betis sehingga kering
sebelum membilasnya dgn air suam



10. Membuang toksin dalam badan
*Rasa masam & unsur 'pectin(complex carbohydrate)
dalam limau nipis dapat membuang toksin dalam badan
jika diminum sebagai jus harian



Amaran:
*Kulit sensitif & kulit kering tak digalakkan melakukan perkara2 d atas
kerana bimbang ada kesan yang tak elok.
*Penggunaan limau nipis tak boleh selalu diamalkan selalu
kadang-kala ia tak sesuai dengan keadaan kulit kamu.

Credit: Majalah Dara.Com
Edisi November 2010

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

31 Jan 2014

Tutorial Ringankan Blog Dengan CSS

Unknown| 3:15 pm| 5Comments|
Hai Readers...Salam Jumaat semua.
Hari ne nak kongsi dengan korang tutorial ringankan blog dengan CSS.
Aku pun baru dengar tutorial ne dan telah mencubanya.
Alhamdulillah...memang terbukti berkesan dan blog pun ringan.
Kalau korang buka blog aku,tunggu lama x???
Kalau cepat,maknanya blog aku ne senang loadingnya...
Berkat ikut tutorial ne la...
Sebagai bukti keberkesanannya,kat bawah ne berat blog aku
sebelum mencuba tutorial ini...
9.05 saat diambil untuk korang membuka keseluruhan blog aku.
Di bawah ne gambar selepas aku menggunakan tutorial ringankan blog dengan CSS..
Lihat perbandingan sebelum dan selepas menggunakannya...

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

26 Jan 2014

Tutorial Buat Cursor Nama Dengan Mudah

Unknown| 11:46 am| 11Comments|
Al-Hamdulillah...Yesss,yeayyy dan yahooo...
Happy nya hari ne sebab da ada cursor pakai nama sendiri.
Sebelum ne pernah juga ada cursor nama Izzah Norlizah
tapi tak berapa lawalah.Yang itu pakai software Photoshop.
Tak pandai lagi guna software 2.Pandai gitu2 ja...

Cursor baru ne tak pakai mana2 software pun.
So tak payah susah2  nak download lagi.
Juz pergi laman web Pixlr...
Sangat mudah,cepat dan puas hati.
Korang nak juga ka ada cursor pakai nama
macam aku???Yang tak pandai2 lagi wat cursor sendiri.
Hehehehe...Kalau nak aku ajar korang ya step by step
cara buat cursor kat Pixlr.Jangan risau,semudah ABC ja.


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

22 Oct 2012

Petua Islam Untuk Mengatasi Masalah Tidur

Unknown| 2:45 am| 8Comments|
Masih ada tak yang tak tidur lagi???
Senang cakap yang sama spesies dengan burung hantu.
Siang tidur,malam pulak berjaga,,,
Aku adalah salah seorang daripada spesies itu,,,
Walaupun tak tidur siang dan awal bangun pagi,
bila je tengah malam menjengah 
mesti tak dapat tidur juga,,,Sakit kepala.

Da macam2 cara aku buat,,,
Sampai aku sanggup minum ubat batuk semata-mata
nak tidur awal,,,Last2 dapat pulak batuk,,,
Dan masalah aku masih berulang,,,
Cara yang tak sihat pun aku try,,,
Selalu makan tengah malam untuk cepat mengantuk,,,
Hasilnya berat badan bertambah dan paling
menyiksa aku apabila sekarang ne baru bersusah-payah
nak turunkan badan dan buang lemak yang menumpang
di sudut badan ku seperti di paha,perut,muka dan lengan.


Sebelum aku membuta,aku nak share petua ISLAM
untuk mengatasi masalah tidur dalam kalangan kita,,,
Harap2 dapat membantu yang berkongsi
masalah yang sama dengan kes aku ne(InsyaAllah)
Jom kita amalkan bersama-sama^__^
  • Berwudhuk sebelum tidur,,,
  • Membaca al-Fatihah,ayat kursi,3 Qul(Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nass)
  • Mengucap dua kalimah syahadat
  • Membaca doa tidur
  • Bercakap/berdoa menyatakan impian anda 
dalam hidup di dunia dan di akhirat
Tutup mata dan baca istighfar dalam hati hingga terlelap
 
Memang da ramai tahu petua ini namun sebagai insan biasa,
kita sering melupakannya dan jarang mengamalkannya,,,
Moga kali ini kita istiqamah melakukannya,,,^^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...