Fresh Entri Must Read

9 Feb 2014

5 Tips Ringankan Blog

Izzah Norlizah| 5:04 pm| 17Comments|

Salam berhujung minggu semua...
Apa aktiviti korang di hujung minggu ne???
Walau apa pun aktiviti yang korang lakukan,
buatlah perancangan dengan sebaik mungkin
dan isi dengan perkara2 yang mendatangkan manfaat kepada diri.

Hari ini aku ingin kongsikan 5 Tips Meringankan Blog.
Setiap blogger pastinya inginkan blog menjadi ringan
untuk memudahkan pengunjung,pembaca dan siapa2 saja
yang bertandang dalam blog kita.Ada banyak cara sebenarnya
untuk membuatkan blog kita menjadi ringan...

1. Kurangkan jumlah post
Kurangkan jumlah post ne bukanlah maksudnya korang kurang kan
tulis entri dalam 1 hari atau hari2 tertentu tapi post kat main page.
Pada laman utama,hadkan dan tunjukkan 3 post sahaja..
Maksimum 5 post. Ada orang kata letak 1 post lagi bagus.
Tapi kalau letak READ MORE di setiap entri bagus letak 3-5 post...
Tips : Jika entri terlalu panjang,letak scroll atau buat READ MORE

2. Saiz Gambar
Tak berseri rasanya entri kita jika tak letak gambar
sekurang-kurangnya 1 gambar pun jadilah...
Letaklah gambar sebanyak mana yang korang mahu tapi pastikan
dan lebih elok gambar2 tersebut sekurang-kurangnya berukuran 300-500 px.
Korang pernah datang satu blog tak pastu da habis loadingnya
tapi gambar masih lagi x buka2. Ha...Inilah puncanya...
Tips : Jika risau gambar nampak kecil,boleh cuba tutorial gambar membesar apabila dihalakan anak panah.

3. Buang widget tak penting
Korang boleh saja hias blog dengan pelbagai widget
yang ada tapi pastikan widget2 tersebut penting untuk pengunjung
blog anda. Widget2 seperti widget jam,salji berguguran dan letak lagu
sebenarnya tak payah dan tak penting pun untuk diletak dalam blog.
Sebabnya cuba korang fikir,setiap laptop,telefon,rumah dan pejabat
mesti ada jam kan???kita boleh tengok jam di mana2 saja.
Salji berguguran 2 mungkin korang nak buat
ala2 winter sonata tapi sebenarnya menggangu konsenstrasi pengunjung
membaca entri anda dan lagu pula memang tak dinafikan
memberatkan blog saja.
Tips : Letak widget yang penting sahaja

4. Selalu timbang berat blog
Ini yang sangat penting ne.Rajin2 kan lah dan selalulah
timbang berat blog anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Tak pun jika korang ada buat penambahan sebarang widget
atau pertambahan kod2 dalam template terus timbang blog. 
Jika dirasakan semakin berat,korang kena cepat2
ambil langkah untuk meringankan blog anda semula.
Berat blog ideal tak lebih dari 100kb.
Boleh check berat blog di sini...

Tips : Boleh cuba tutorial ringankan blog di situ dan di sini.
5. Letak scroll bar di sidebar
 Kalau nak blog senang loadingnya,kena letak scroll bar di sidebar.
Letak kat widget2 tertentu saja,bukan kat semua widget ya...
Macam letak scroll bar di widget Archive dan Bloglist korang.
Selain tak memberatkan blog,letak scroll bar di sidebar
membuatkan blog nampak kemas dan tak nampak serabut.

5 tips ja ne yang aku tahu.Kalau korang ada tips2 lain
sebagai tambahan untuk meringankan blog, ringan2 kanlah jari jemari
anda yang runcing 2 untuk berkongsi ilmu di sini...
Akhir sekali,selamat berhujung minggu...(^__^)

17 comments:

Akeyla Azmi said...

thank u so much lah kak <333

Yumida Huda said...

tips yg bagus utk ringankan blog
done follow sini

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Tips ni sangat berguna untuk zumal. Tq sharing ;)

Cik Puan said...

ne yang cik susah hati ne kak..blog cik berat tapi mau buang widget rasa sayang pula...

Waney Redza Rosli said...

Awakkk! Lawoonya bloggg~

ain syafieqa said...

thanks share..=) klau blog ain ade problem,silakan komen dgn jujur dan ikhlas di blog ain ye.hehe

Norhasniza Khalid said...

iya, semua mama dah buat. terima kasih atas perkongsian menarik ni, tips yang bagus..

Abak Lorong Cinta said...

Hehehehe..setuju kak!!! nice entri...

Ayie Atiqah said...

info bgus ni,thanks..=)
done follow,blogger baru,jmput singgah http://ayielifememory.blogspot.com/

wawa zulkefli said...

ternampak tips ni. terus nak pegi tgk tutorial. heheheh thank you ;)

Yumida Huda said...

jemput join...
Sertai Segmen Jom Beramah Mesra
Sambil berkenal-kenalan, peserta bakal memenangi hadiah.
Menawarkan hadiah:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran, Jam tangan 2x, Dress & Fridge magnet 2x.
Jom meriahkan bersama! Jemput join :)

Hafiza AizZawa said...

fiza test blog Fiza.. berat jugak rasenya nie.. terima kasih atas tips..

Anizz Annisa said...

sori lmbt komen sini..heheh..anis cube improve ye..hee

Mama Darwiish said...

Wow...perkongsian yg menarik tq...dah follow blog ni juga @651

http://mamadarwiish.blogspot.com/

Nurul Hidayah said...

Thanks sharing Izzah :)

unsecretostory said...

Dulu berat laa belog. Biasalaa saat pertama kali gian berblog. semua bnda nak letak. Hahaaa