Fresh Entri Must Read

29 Oct 2012

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Twitter Sampai Lebam

Izzah Norlizah| 5:18 pm| 8Comments|
Memandangkan aku memang ada niat nak tambahkan
follower aku dalam Twitter jadi segmen ne tak boleh
lepaskan,,,Kena join juga,,,Harap2 follower aku
dalam Twitter bertambah,,,Selalu orang wat follower
dalam blog je kan???Ne kali lain dari yang lain,,,

Click Banner Di Atas

Follower aku dalam Twitter setakat ne
33 orang je,,,Harap2 berubahlah angka 2,,,
Tarikh tutup akan diumumkan nanti ok,,,
Law nak follow butang ada kat kotak follower aku 2
Law nak like fanpages aku sekali pun tak pa,,,:p
Sebelum terlupa segmen ne anjuran Sa Michaisi,,,
Sebelum ne aku pernah join segmen beliau
dan tidak mengecewakan sebab follower aku
bertambah-tambah,,,Jasanya tetap dikenang :)
Dan harap2 segmen ne akan dapat sambutan,,,

Suka dengan penganjur segmen ne sebab beliau
akan follow & blogwalking semua peserta,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Segmen : Up Kan Follower Dengan Mendadak

Izzah Norlizah| 10:27 am| 28Comments|
Rindunya blog.Da beberapa hari tak buka blog,,,
3hari kat kampung,macam2 ceritalah tapi
bukan nak cerita kat sini pulak ya,,,
Oleh kerana aku da ditag
oleh adik Nurfara Hani,aku join segmen ne,,,
Niat di hati nak up kan follower,sesuai dengan tajuk di atas,,,

Tekan banner di atas,,,

Jumlah follower : 350
Mangsa tag :

Tarikh Tutup : 21 Nov 2012

Jom ramai2 meriahkan segmen ne sementara tak tutup lagi,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

24 Oct 2012

Warkah Buat Suami

Izzah Norlizah| 12:34 pm| 10Comments|
Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan,,,
mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya,
Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan,,,
menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************
sumber : Sini
SALAM AIDIL ADHA

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012

Izzah Norlizah| 1:25 am| 10Comments|
 
Tengok tajuk mesti korang da tahu kan???
Tak ke rasa awal sangat???Cam tak sabar2 pulak.
Selalu orang ucap sehari sebelum raya tiba,,,
 Tapi aku n awal sikit(sikit je,tak banyak)...

Saje je nak ucap awal sebab takut tak sempat,,,
Esok petang da bertolak pergi bandar Tawau,,,
Khamis baru balik kampung,Semporna,,,
Kalau da kat kampung memang tak online punya,,,
Korang pun mesti cam 2 kan???

Ok lah,tak nak panjang2 kan cerita,,,
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha ya
kepada semua kawan2 blogger a.k.a follower aku,,,
Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Bagi aku,memang raya korban tahun ne amat bermakna,,,
Sebabnya baru first time sambut kat kampung,,,
Selalu tak balik,stay kat rumah je dan
beraya kat rumah jiran2 dan kawan2,,,

Bagi yang ada ahli keluarga tersayang di tanah suci Makkah,
jangan sedih2 tau,,,Mereka menyahut seruan Ilahi,,,
Bila mereka da balik,sambut dengan senyuman kegembiraan...
Tu je,,,Walaupun aku takda,rajin2 la singgah 
dan lawat blog aku ne,,,Nanti aku terjah balik,,,
Tak kiralah lambat atau cepat,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

22 Oct 2012

Renungan Bersama

Izzah Norlizah| 11:19 pm| 12Comments|
Tadi godek2 facebook dan terjumpa kata2 nasihat ini,,,
Jom sama2 ambil iktibar yang cuba disampaikan,,,

Dia tengah tido, tapi malaikat duk tulis dosa dia. Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak. Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia. Dia xbuat ape2 pun...
malaikat masih x berhenti catit dosa dia.

Eh?
Ape salah dia?

Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya xmenutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.
Seramnya. Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak 2. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dengan api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~


Sape2 pun bley buat camtu kan? Nanti awak dah meninggal, kat dalam kubur 2 malaikat xkan berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yang x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu~



Mahukah kita seperti salah seorang di atas???
Cuba kowang check balik kat Facebook,adakah gambar2
korang yang tidak tutup aurat???
Kalau ada,silalah delete semua,,,
Ini untuk kebaikan kita bersama juga,,,
Kita tidak tahu bila ajal akan menjemput,,,
Bila da meninggal,masih sempat ke
 kita nak delete semua gambar2 tersebut???

Petang tadi aku try google carian image 
untuk nama ku, Izzah Norlizah,,,
Aku agak kaget sebab semua gambar2 yang aku upload
di blog terpapar dengan jelas kesemuanya,,,,
Bangga sekejap sebab selalu tengok artis2 je 
yang menghiasi Google,,,Nampak kejakunan aku di situ,,,^^
Korang try la nama korang pulak dan kalau ada gambar2
anda yang tidak menutup aurat,korang pasti tahu
apa yang patut dilakukan,,,,

Aku pernah dengar ada cara untuk meng'hack' facebook
orang yang da meninggal dunia,,,
Sejauh mana keberkesanannya, aku sendiri tidak pasti,,,
Tapi untuk menutup blog yang empunyanya
da arwah,aku tidak pernah mendengarnya lagi,,,
Fikir2 kan dan renung2 kanlah,,,
-->
Sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja balasannya 70 000 tahun dalam neraka. Sehari akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Segmen : 8 Things About Me

Izzah Norlizah| 4:22 pm| 5Comments|
Petang2 ne sambil pekena kopi kaw-kaw
ditemani kipas angin yang sentiasa mendinginkan,
rasa syok pulak tulis entri ini,,,
Selama ne tertunggu-tunggu segmen yang kena di hati
dan Al-Hamdulillah hari ne  jumpa,,,
Pa lagi tanpa buang masa aku join,,,^^
Syarat2 yang diberi pun tak ketat dan sangat simple,,,


Kali ini anjuran  Encik Misai
Kalau nak join,tekan banner di atas dan 
anda akan terus pergi blog penganjur,,,
Kini tibalah masa nak isi form2 di bawah,,,


8 THINGS ABOUT ME
--->Asal daripada Semporna,Sabah
--->Anak pertama dari 5 orang adik-beradik
--->Minat giler dengan warna hijau
--->Seorang yang simple dan pemalu dalam segala hal
--->Kini berusaha menurunkan berat badan
--->Selalu jadi burung hantu@kelawar
--->Suka senyum dan buat lawak
--->Keras kepala dan tak mahu mengalah

7 HOBBIES
~Suka membaca pelbagai bahan bacaan
~Blogging,facebooking dan twittering
~Bermain badminton
~Mengkhayal dan berangan-angan kosong
~Tonton Tv bersama keluarga di rumah
~Jalan2 melihat pemandangan ciptaan Allah
~Berbasikal

6 THINGS I HATE
*Talam dua muka
*Khianat terhadap orang yang mempercayai kita
*Orang yang tinggi egonya
*Pentingkan diri sendiri
*Bilik dan rumah bersepah
*Asap rokok

5 SONG I LIKE
--->Lagu2 Maher Zain
--->Lagu2 Nasyid Artis Tempatan
--->Kau Yang Terindah(Alyah)
--->Titanic Soundtrack(Celine Dion)
--->Lydia(Q-Face)


4 FAVOURITE FILM/DRAMA/MUSICAL/SERIES
~Mohabbatein (Hindi)
~Ayat-ayat Cinta(Indonesia)
~Madagascar : Escape to Afrika(Cartoon)
~The Princess Man(Korea)

3 FAVOURITE FOOD
*Semua yang pedas2
*Sup ayam,ikan dan sayur
*Bubur Jagung

2 WISHES
--->Menjejakkan kaki ke Mekah
--->Membela seekor kucing

1 QUOTES
",,,Berani Berkorban dan berubah,,,
Kejayaan Adalah Ganjarannya,,,"

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Petua Islam Untuk Mengatasi Masalah Tidur

Izzah Norlizah| 2:45 am| 8Comments|
Masih ada tak yang tak tidur lagi???
Senang cakap yang sama spesies dengan burung hantu.
Siang tidur,malam pulak berjaga,,,
Aku adalah salah seorang daripada spesies itu,,,
Walaupun tak tidur siang dan awal bangun pagi,
bila je tengah malam menjengah 
mesti tak dapat tidur juga,,,Sakit kepala.

Da macam2 cara aku buat,,,
Sampai aku sanggup minum ubat batuk semata-mata
nak tidur awal,,,Last2 dapat pulak batuk,,,
Dan masalah aku masih berulang,,,
Cara yang tak sihat pun aku try,,,
Selalu makan tengah malam untuk cepat mengantuk,,,
Hasilnya berat badan bertambah dan paling
menyiksa aku apabila sekarang ne baru bersusah-payah
nak turunkan badan dan buang lemak yang menumpang
di sudut badan ku seperti di paha,perut,muka dan lengan.


Sebelum aku membuta,aku nak share petua ISLAM
untuk mengatasi masalah tidur dalam kalangan kita,,,
Harap2 dapat membantu yang berkongsi
masalah yang sama dengan kes aku ne(InsyaAllah)
Jom kita amalkan bersama-sama^__^
  • Berwudhuk sebelum tidur,,,
  • Membaca al-Fatihah,ayat kursi,3 Qul(Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nass)
  • Mengucap dua kalimah syahadat
  • Membaca doa tidur
  • Bercakap/berdoa menyatakan impian anda 
dalam hidup di dunia dan di akhirat
Tutup mata dan baca istighfar dalam hati hingga terlelap
 
Memang da ramai tahu petua ini namun sebagai insan biasa,
kita sering melupakannya dan jarang mengamalkannya,,,
Moga kali ini kita istiqamah melakukannya,,,^^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

20 Oct 2012

Dapat Header dan Banner Free

Izzah Norlizah| 6:22 pm| 12Comments|
Sungguh gembira hati ku di kala ini
sebab aku dapat apa yang aku idam2 kan,,,
Buat pertama kalinya aku dapat barang blog
secara percuma dari dua blogger
yang berhati mulia dan baik hati ne,,,

Paling aku tak sangka adalah
dua2 blogger tersebut masih berumur 12 tahun
dan bekas mangsa UPSR tahun ne,,,
Memang tabiklah sebab aku ne umo da 26tahun
masih tak reti wat header dan banner sendiri,,,
Kuikuikuikuikui,,,

Tak rugi join segmen Header free by Nana
tempoh hari sebab dapat header free
dr tuan punya segmen tersebut,,,
Sangat2 berpuas hati sebab header nya memang
menepati citarasa ku,,,Cantik tak
header baru aku ne???^^


Header ne dapat semalam dan hari ne pulak
dapat barang blog percuma kedua,,,
Yang ne dapat dari adik Hadifah,,,
Dia ada wat entri pada sapa yang nak banner free,,,
Aku cuba2 je dan Al-Hamdulillah,dpt,,,


Lawa tak banner ne???Kalau korang perasan
doodle yang aku pilih adalah sama,,,
Doodle 2 buatan Mama Rina yang kreatif dan inovatif.
Kalau beliau wat doodle semua cantik2 dan lawa2,,,
Korang mesti kenal beliau kan???
Dia pun cam aku,asal daripada Sabah,,,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua2
blogger tersebut,,,Memang sangat suka
dan berpuas hati dengan design mereka,,,
Akak doakan semoga adik berdua lulus cemerlang
dalam UPSR ya,,,Kalau boleh,dapat 5A^^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

18 Oct 2012

Kegatalan Yang Melampau

Izzah Norlizah| 5:53 pm| 18Comments|
 

Tadi petang sedapnya tidur,,,
Memang tak ingat apa2 da,,,
Mimpi pun takda menyinggah dalam tidurku,,,
Memang takda yang menganggu,,,
Tup,,,tup,,,tup.
Ne yang aku angin ne,,,

Sedap2 tidur ada pulak yang bawa main2,,,
Habis badanku diratahnya,,,
Satu badan pulak tu,,,
Memang aku tak tahan,,,
Aku redha dan pasrah je dibuat cam 2,,,
Aku tak boleh mengelak da,,,

Badan atas,bawah semua dibantainya,,,
Adakah patut???Memang tak patut kan???
Aku yang bertanya,aku juga yang menjawab,,,
Untuk menepis serangannya,aku pakai sikat/sisir rambut.
Kalau pakai kuku kang luka dan tercalar pulak,,,
Aku juga yang susah,,,

Tak tahan terus2an diasak,aku pun bangun.
Kebetulan adikku masuk bilik masa tu,,,
Aku pun tanya kenapa aku diwat cam ne???
Adikku pun selamba menjawab mungkin kesan
kakak makan udang tadi,,,

Ya tak ya pulak,,,Memang aku
ada makan udang tadi tengah hari,,,
Camna aku boleh terlupa???
Tak teringat langsung,,,
Patutlah gatal sangat satu badan,,,
Hingga tahap kegatalan yang melampau,,,
Rupa2 nya sebab inilah,,,

 
 Oh udang,,,Gara2 kau lah semua ne berlaku,,,
Ko memang sedap dimakan tapi bila ko 'makan' aku,
Fuhhh,satu badan ko kerjakan,,,
Sebelum ne aku da makan ko,ok pun,,,
Kenapa baru sekarang kau wat onar???
Takpa la udang,,,mungkin kau da alasan tersendiri.
Lepas ne aku tak mahu makan ko da,,
Ko tengoklah nanti,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

17 Oct 2012

Segmen : Jom Blogwalking bersama Merapu Si Paan

Izzah Norlizah| 7:11 pm| 6Comments|
Oleh sebab cik Misya da tag aku
so aku dengan berbesar hati m'join'kan diri 
Segmen Jom Blogwalking Bersama Merapu Si Paan,,,^^
Kelakar pulak tajuknya ne,agaknya
tuan tanahnya ne memang suka merapu,,,

(Kelip2 Gitu)

Seperti kebiasaan law nak join click banner di atas.

Kini tiba masanya aku nak isi slogan
yang wajib dipenuhi sebagai syarat p'yertaan
(Cam peraduan la pulak^^)


"Saya bangga bergelar seorang Wanita
kerana sentiasa dijaga dan dilindungi
dari kecil hinggalah ke tua,,,Masa kecil dijaga mak bapa,
Bila da kahwin,suami jadi pelindung dan
bila da tua,anak2 pulak yang jaga^^"

Alamak,,,lebih dua puluh perkataan pulak,,,
Hentam sajalah,,,Janji da isi,,,
Boleh terima pakai ka slogan ne???
Huhuhuhue,,,harap2 bolehlah ya,,,

Aku nak tag si kacak,si jelita dan si bergaya,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Dapat Doodle Dari Apis

Izzah Norlizah| 6:06 pm| 2Comments|
Gumbira hati sebab akhirnya dapat doodle
dari seorang hamba Allah ne,,,
Dulu berangan-angan je nak dapat doodle free,,,
Akhirnya kesampaian juga hajat tu,,,
Terima kasih banyak2 yang tak terhingga kepada
blogger apis yang baik hati,,,
Tak sia2 hantar pic kat dia dan
menunggu beberapa hari je,,,
Akhirnya siappp dia lukis pakai photoshop^^
Nak tengok tak doodle yang dia
buatkan untuk aku???Nak tak???


Gambar Asal

Lepas di doodle

Apa pandangan korang???
Hampir sama tak???
Cam doodle ne lagi cantik dari aku kan???
Hahahahaha,,,,
Korang nak juga ke???Kalau nak hantar 1pic korang
pergi fanpages Apis,,,free je dia buat,,,
Dia pun ada wat tuto untuk doodle kan pic aq ne
tapi aku tak reti masukkan dalam entri ne,,,
Law nak tengok,g terjah blog beliau,,,
Follow sekali pun lagi bagus

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Bertukar Arah

Izzah Norlizah| 11:49 am| 4Comments|
Aku tak tahu kenapa shoutbox tak boleh berfungsi da,,,
Da beberapa hari cam 2,,,
Susah pelawat nak jerit2 bila nak singgah
ke blog aku,,,So atas keprihatian aku kepada mereka2,
aku da bertukar arah ke cbox...
Selingkuh habis da kat shoutbox^^

Dulu aku tak suka cbox ne,,,
Law nak tulis mesej,mesti error banyak kali,,,
Bila terhantar,bukan 1 mesej je tapi 3-4 mesej,,,
Kata error,,,selalu cam ne law nak
tinggalkan jejak kat kawan2 blogger
yang menggunakan service cbox ne,,,
Shoutbox sekali je refresh terus bagus,,,
2 yang suka 2,,,

Setelah berjam-jam pilih background
dan setting saiz nya ikut saiz background,,,
akhirnya siap juga,,,
Tadaa,,,

Sumber: Cik Nina

So pas ne sapa yang bertandang ke blog aku 2,
da boleh jerit2 seperti biasa,,,
Selamat menjerit2 ya,,,^^
Lagi satu,link iklan takkan sekali-kali dilayan,,,
Law nak aku klik,inform je,,,
Tak payah guna taktik kotor,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Review : 8 Yang Terpantas by Cik Misya!

Izzah Norlizah| 6:44 am| 6Comments|
(Click Banner di Atas Law Nak Join)

Harap2 la sempat dan terpilih antara 8orang
blogger yang bertuah akan
direview ole cik Misya,,,
Wish me luck,ok,,,^^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

16 Oct 2012

Segmen : Tingkatkan Follower Sampai Lebam

Izzah Norlizah| 5:47 pm| 3Comments|
Segmen Tingkatkan Follower Sampai Lebam ne
Xiao punya segmen,,,
Sapa berminat nak join,,,
click banner di bawah,,,
Fahami dan ikut syarat2 yang diberi,,,

Tarikh tutup:30 okt 2012

Peserta yang dapat follower sebanyak mungkin akan:
  • Dapat hadiah misteri
  • 10 peserta masuk bloglist Xiao
Follower sekarang : 295
Mangsa tag :

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

15 Oct 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow

Izzah Norlizah| 3:29 pm| 5Comments|


Cik Misya yang gorgeous ne punya segmen,,,
Nak join seperti biasa,click banner di atas
dan wajib follow blog beliau,,,
Tarikh tutupnya hari ini jam 11.59 pm,,,
Da masa nak join lagi,,,
So aku tag pada rakan2 blogger
yang lum join lagi segmen ne k,,,
Follower aku sekarang:288 orang,,,
Aku nak ramai follower sebab:
  • Nak ramai kawan dan kenalan
  • Dapat tukar2 info dan kongsi tips2 berguna
  • Baca entri aku dan bagi komen membina
Tu jelah kot,,,:) Sekian,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Segmen : Bersama Warna Kegemaranku

Izzah Norlizah| 4:13 am| 8Comments|

Masa wat aktiviti blogwalking tadi,
terjumpa blog kawan blogger seorang ne,,,
Dia join satu segmen dari blogger lain,,,
Cam best je so nak join la,,,^^
Tertarik dengan tajuk segmen 2,,,
Wah,ramai juga join,,,Tapi takpa,
sempat lagi rasanya nak join,,,

(click banner di atas untuk join)

Segmen ne dianjurkan oleh Chot91,,,
Wajib follow blog dia bagi yang lum follow lagi,,,
Hadiah2 nya pun boleh tahan wooo,,,

Tengok blog aku pun,korang mesti da tahu
apa warna kegemaran aku,,,
Ya,betul.Hijau,,,Tepuk tangan sendiri sebab
berjaya menjawab dengan cepat dan tepat^^
Aku minat warna hijau ne sejak di tingkatan 1,,,
Masih ingat lagi tahun 2000 masa 2,,,
Ada pertandingan rumah2 sukan,,,
Ada rumah hijau,biru,kuning dan rumah merah,,,
Aku dapat rumah sukan hijau,,,
Pemilihan dibuat secara random,,,
Bermula dari situ sampai sekarang minat giler
dengan warna hijau,,,Fanatik sangat,,,

Minat warna hijau ne semakin mekar,subur dan mendalam
dalam jiwa dan sanubariku setelah aku mendapat tahu
hijau ne adalah warna kegemaran Nabi kesayangan
seluruh umat Islam,iaitu Nabi Muhammad S.A.W^^
Suka2...Terlebih suka apabila di syurga juga
ada warna hijau,,,Huhuhuhuhue,,,
Superbestkan???Itulah kelebihan warna kegemaran ku
yang ku minati dari dulu hingga kini,,,^^

Seperti yang kita sedia maklum,alam di sekililing
rata2 warna hijau kan???Setuju angkat kaki ok,,,
Especially tumbuh-tumbuhan dan lautan pun
ada yang berwarna hijau,,,
Bercakap sal warna hijau ne,takkan habis punya,,,^^
Takut nanti aku jadi gila pulak,,,
Bukan sebab gila meroyan ke apa tapi gila hijau,,,
Untuk membuktikan kegilaanku terhadap si hijau ne,
aku tunjukkan barang2 peribadi ku yang diwarnai 
oleh hijau,,,huhuhuhuhue,,,Layan ok,,,


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

14 Oct 2012

Segmen : Header Free by Nana

Izzah Norlizah| 4:06 pm| 0Comments|

Di hujung minggu ne aku terajin sangat
nak post 2 entri sekaligus,,,
Dua2 sama je,berkenaan segmen yang aku join,,,
Of coz la,law aku tak join,watpa aku tulis entri dan publish
post ne kan???Kalau setuju sila angguk2 kan kepala,,,
(Loyar buruk la pulak)

Adik Nana yang berhati baik dan mulia
nak bagi header free pada blogger yang join
segmen dia ne,,,berminat,follow blog beliau.

(Klik Banner di atas)

Aku nak header dari Nana ne sebab free kan???
Siapa tak nak barang free,,,Hehehehe
Betul kan???Ngaku cepat,,,
Sebabnya aku tak pandai wat header sendiri,,,
Pernah wat tapi tak lawa,,,Kelakar adalah^_^
Mangsa tag: Cik Wanie
 
Butiran2 header yang aku nak 2 adalah seperti berikut:
 
Ayat 1 - Dunia Warna-warni Izzah,,,

Font Ayat 1 - Font 2

Warna Ayat 1 ( Kod Warna ) -00ee11

Ayat 2 -Segalanya Di Sini

Font Ayat 2 -Font 6

Warna Ayat 2 ( Kod Warna ) - ff44ff

Link Blog - Izzah-Norlizah.blogspot.com

Warna Link Blog ( Kod Warna ) -00ff00

Link gambar/doodle - (http://4.bp.blogspot.com/-drE4YnN1sGs/T53-0SkG6yI/AAAAAAAAB4A/gFptAw8OZYI/s320/simanis-hijau.png)
(Doodle ne aku curik dari Mama Arina,,,
2la,wat lagi lawa2.Kan da kena curik^^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Segmen : My Blog Simple and Awesome

Izzah Norlizah| 3:01 pm| 4Comments|

Entri sebelum ini aku da cuba2 tulis cerpen pertama aku.
Da juga la yang komen best,menarik dan terbaek,,,
Terima kasih ya atas pujian korang semua,,,^^
Suka dan hepy kowang puji cam 2,,,
First time cuba2 wat cerpen 2.Rasa cam banyak
kekurangan di situ sana,,,
Ke dowang nak ambil hati aku je???^^
Tak baik taw ragui keikhlasan orang,,,
Kan,,,kan,,,kan???

Ok la,aku nak umumkan kepada korang semua,
Sekarang ne aku nak join segmen baru,,,
Segmen My blog Simple and Awesome,,,
Blog aku memang simple pun tapi awesome 2
tak tahulah,,,Korang nilailah sendiri ya^^

Syarat2 nak join simple je,,,
  • Follow blog itu dan ini (Done)
  • Yang da Twitter,follow sekali sana dan sini (Done)
  •  Follow blog suma peserta
Simple je kan???Sambil join segmen,
dapatlah tambah follower berribbon-ribbon(InsyaAllah)
Untuk keterangan lebih lanjut&nak join segmen ne,
click je banner kat bawah ne,,,


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

13 Oct 2012

Cerpen : Jika Itu Takdirnya,,,

Izzah Norlizah| 12:32 pm| 6Comments|

"Lepas solat zohor,kita pergi kolej kediaman Lukmanul Hakim ya,,,Aku nak jumpa si Qaem sekejap".Kau nak jumpa dia buat apa???Takda angin,takda ribut tiba2 nak jumpa???",Tanya Khairunnisa Najwa,sahabat baik ku yang juga merangkap rakan sebilikku.Aku berfikir sejenak untuk mencari jawapan yang sesuai.

"Aku nak tanya subjek Pengaturcaraan yang lecture ajar minggu lepas tu.Walaupun Prof da terangkan banyak kali,kita masih tak faham2 lagi.Aku nak Qaem terangkan pada kita pulak.Kot2 masuk dalam kepala otak kita ne.Dia kan terror dalam subjek tu.Almaklumlah,favourite subjeklah katakan."Oh,,,Ok bah kalau kau",Jawab Nisa sekaligus membuatku tersenyum mendengar loghat Sabahannya.Itulah dia,sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka ,tangis dan tawa dalam situasi apa sekalipun.Sudah banyak kami lalui bersama.

Usai solat zohor,aku dan Nisa menghayun langkah ke kolej kediaman Lukmanul Hakim.Dari kejauhan lagi kolej tersebut nampak lenggang dan sepi.Ke mana perginya semua penghuni???Entah dari mana,Adi Akmal muncul tiba2.Terkejut juga kami dibuatnya.Al-Hamdulillah,ada orang rupanya.Aku mula mengatur kata.

Aku : Assalamualaikum,Adi Akmal.
Adi : Wa'alaikumussalam,,Ya,ada apa???
Aku: Kami nak minta tolong.Boleh tak panggilkan saudara Qaem sekejap???Ada hal sikit nak bincang.
Adi: Oh,nak jumpa Qaem!Kejap ya,saya nak naik tingkat atas dulu nak panggil dia
Aku:Kami tunggu di bawah.Terima kasih ya saudara Adi Akmal.Menyusahkan saudara saja.
Adi:Tak mengapa.Small matter je tu.Tunggu tau,,,

Selepas menunggu beberapa minit kemudian,akhirnya nampaklah kelibat Qaem.Dia juga tidak bersendirian.Sahabatnya Anzar Rasyidin menjadi peneman,mengekorinya dari belakang.Semakin mereka dekat,semakin itulah jantungku berdegup kencang.Ya Allah,kuatkanlah hati ku untuk berdepan dengan semua ini.

Qaem:Assalamualaikum,,,
Aku&Nisa:Wa'alaikumussalam,,,(Aku & Nisa menjawab serentak)
Qaem:Kata Adi Akmal tadi,saudari berdua hendak berjumpa dengan saya.Apakah halnya???
Aku:Ya,memang betul saudara Qaem.Ada hal penting yang saya nak tanyakan pada saudara.
Qaem:Apakah hal penting itu???
Aku:Rasa malu pulak nak berkata
Qaem:(Tersenyum)Kenapa perlu malu dengan saya???Berterus-terang sajalah.

Aku menarik nafas perlahan-lahan untuk mencari kekuatan.Khairunnisa Najwa di sebelah ku berkerut kebingungan."Takkan nak tanya pasal pelajaran pun nak malu sangat???.Peliklah sahabatku seorang ne",Omel Nisa dalam hati.Dengan lafaz Bismillah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 3x,aku berkata dengan penuh hati2 sambil menundukkan kepala,cuba bersembunyi di sebalik tudung bawal kehijauan milik ku yang pernah dihadiahkan oleh arwah Kakak ku dulu...

Aku:Jika dulu saiditina Khadijah binti Khuwailid datang meminang sendiri junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, tapi pada hari ini,di saat ini dengan bersaksikan saudari Nisa dan saudara Anzar,saya Ayatul Husna binti al-Khuzaimi datang melamar saudara,Syed Ibnu Qaem bin Syed al-Razi sebagai calon suami saya,,,


Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

12 Oct 2012

Segmen Mialiana.Com : Mari Berpantun

Izzah Norlizah| 3:24 am| 9Comments|

Tak habis segmen lain,join segmen baru lagi,,,
Kali ne lain dari yang lain pulak,,,
Agak mencabar sikit dan menguji minda,,,
Segmen Kak Mialiana ne ajak kita berpantun,,,
Siapa berminat,click banner kat bawah ne,,,

Tarikh Tutup : 15 okt 2012

Assalamualaikum pembuka kata
Diucapkan kepada anda semua
Mari dekat si kacak jelita
Jom layan pantun bersama-sama

Pergi bercuti ke Pulau Bali
Singgah sebentar di Singapura
Kak Mia menjual,saya membeli
Dengarkanlah ini jawapannya


Malam-malam pergi Kedai Nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Sultan Mahmud nama si raja
Disanjung tinggi rakyat jelata
Izzah dan Lizah nama manjanya
Pilihlah satu antara dua

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Ikan tongkol,ikan keli
Mana nak sama si ikan sembilang
Hingga kini sedang mencari
Status bujang masih disandang

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Kambing merayau di kaki lima
Takut berjalan di atas titi
Ilmu di dada sejengkal cuma
Mengenggam ijazah hasrat di hati

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Pokok semalu tumbuh melata
Ditiup angin teruslah rebah
Negeri Di Bawah Bayu negeri tercinta
Itulah negeri ku kebanggaan rakyat Sabah

Berpantun sudah,merapu pun sudah
Kini masa mengundur diri
Pada Kak Mia harap terjawablah sudah
Jika umur panjang kita jumpa lagi

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

11 Oct 2012

Segmen : Jom blogwalking & Follow by Sandra

Izzah Norlizah| 12:05 pm| 4Comments|

 (Klik Banner di atas untuk join)

 Sebelum memasak,nak join segmen ne,,,
Anjuran adik Sandra,,,
Syarat2 nak join seperti simplysiti je,,,:)
Follow ini dan like sini,,,(Done)

Bagaimana aku terjebak dalam blog???
Tak tahu nak cakap camna,,,
First suka2 je,,,nak cuba sesuatu yang baru.
Lebih2 lagi tengok kawan seorang ne da blog.
Jadi ter'connect' lah sekali^^.

Mangsa2 tag:

Tarikh tutup: 14 okt 2012
(Bergantung pada perubahan)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

9 Oct 2012

Segmen : Follow And Win Rm50 by Eikyn Grinxs

Izzah Norlizah| 12:14 pm| 21Comments|


Tengok tajuk dan banner di atas mesti da tahu kan???
So tak payah meleter dan membebel panjang2 :)
Kalau rasa dan ikutkan hati 2 nak m'join'kan diri dalam segmen ne,
Terjah dan serbu ramai2 blog puan tanah,cik Eikyn Grinxs.

Oleh kerana aku tak dapat nak print skrin follower aku,
aku bagitahu jelah jumlah follower aku sekarang ne ya.
Pada pukul 11.45 am bersamaan dengan
09 oktober 2012,follower a.k.a kengkawan aku adalah:

Kengkawan

Ahli (255) 
Syarat2 nak join sangatlah senang,sesenang hati
korang sekarang ne,,,,^^
Cuma follow ini dan like sini,,,
Pemenang akan dipilih melalui entry yang kreatif
dan semestinya follower yang naik mendadak,,,
Hadiah2 yang bakal dimenangi:
  • 1orang =Rm50/Topup
  • 2 orang= Rm10 topup
  • 6orang:Rm5 topup
 Mangsa2 tag :

Cepat join sementara tarikh penutupannya
belum diumumkan oleh cik Eikyn,,,
Segmen ne baru bermula semalam(8.10.2012)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Milo: Buat Anda Cergas Atau Sebaliknya???

Izzah Norlizah| 1:53 am| 8Comments|

Tetiba nak post pasal minuman yang disukai ramai
iaitu,milo,,,Milo yang aku maksudkan di sini,
milo serbuk 2 ya.Yang perlu dibancuh
dengan gula atau susu^^,,,ok.
Bukan milo dalam tin@kotak kecil yang selalu dijual
dan senang didapati di kedai2 berdekatan,,,


Kebaikan dan khasiat milo memang da diketahui umum.
Secawan MILO mengandungi  3.5g Protein, iaitu 11% 
dari pengambilan Protein harian yang disyorkan 
untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun.
Khasiat seimbang bagi Protein, Lemak dan Karbohidrat
yang sangat penting untuk tubuh badan kita.
Iklan Milo dalam Tv selalu guna tagline ne
'Minum MILO Anda Jadi Sihat & Kuat!'.
Tapi yang peliknya kenapa aku tak rasa macam 2???
Asal je minum milo,mesti mengantuk.
Bukan wat aku makin aktif dan kuat tapi
makin wat aku malas dan nak tidur je^^,,,
Biar aku tidur sehari suntuk pun tapi bila pekena
secawan milo panas,confirm dapat lelap juga.
Adik2 dan ahli keluarga lain pun rasa cam 2.

Berbeza dengan kawan rapat aku seorang ne.
Ibubapa dia bagi nama dia Izan.
Dia cakap bila dia minum milo,dia makin
aktif dan cergas.Kira tagline milo dalam iklan 2,
sesuai sangatlah dengan dia dan kena sangat.
Dia makin bersemangat nak wat keja seharian.
Dia cakap lagi bila aku adu masalah aku 2,
agaknya bergantung pada tahap kecergasan seseorang.
Betul ke???Apa pendapat korang???
Cuba share dan bagi komen sikit,,,

(Teringat masa kecil hepy sangat bila lori milo ne
datang kat sekolah.Suka sangat minum air milo ne
sebab sedap sangat dan sanggup beratur panjang semata-mata
nak minum milo percuma^^)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...