"Lepas solat zohor,kita pergi kolej kediaman Lukmanul Hakim ya,,,Aku nak jumpa si Qaem sekejap".Kau nak jumpa dia buat apa???Takda angin,takda ribut tiba2 nak jumpa???",Tanya Khairunnisa Najwa,sahabat baik ku yang juga merangkap rakan sebilikku.Aku berfikir sejenak untuk mencari jawapan yang sesuai.
"Aku nak tanya subjek Pengaturcaraan yang lecture ajar minggu lepas tu.Walaupun Prof da terangkan banyak kali,kita masih tak faham2 lagi.Aku nak Qaem terangkan pada kita pulak.Kot2 masuk dalam kepala otak kita ne.Dia kan terror dalam subjek tu.Almaklumlah,favourite subjeklah katakan."Oh,,,Ok bah kalau kau",Jawab Nisa sekaligus membuatku tersenyum mendengar loghat Sabahannya.Itulah dia,sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka ,tangis dan tawa dalam situasi apa sekalipun.Sudah banyak kami lalui bersama.
Usai solat zohor,aku dan Nisa menghayun langkah ke kolej kediaman Lukmanul Hakim.Dari kejauhan lagi kolej tersebut nampak lenggang dan sepi.Ke mana perginya semua penghuni???Entah dari mana,Adi Akmal muncul tiba2.Terkejut juga kami dibuatnya.Al-Hamdulillah,ada orang rupanya.Aku mula mengatur kata.
Aku : Assalamualaikum,Adi Akmal.
Adi : Wa'alaikumussalam,,Ya,ada apa???
Aku: Kami nak minta tolong.Boleh tak panggilkan saudara Qaem sekejap???Ada hal sikit nak bincang.
Adi: Oh,nak jumpa Qaem!Kejap ya,saya nak naik tingkat atas dulu nak panggil dia
Aku:Kami tunggu di bawah.Terima kasih ya saudara Adi Akmal.Menyusahkan saudara saja.
Adi:Tak mengapa.Small matter je tu.Tunggu tau,,,
Selepas menunggu beberapa minit kemudian,akhirnya nampaklah kelibat Qaem.Dia juga tidak bersendirian.Sahabatnya Anzar Rasyidin menjadi peneman,mengekorinya dari belakang.Semakin mereka dekat,semakin itulah jantungku berdegup kencang.Ya Allah,kuatkanlah hati ku untuk berdepan dengan semua ini.
Qaem:Assalamualaikum,,,
Aku&Nisa:Wa'alaikumussalam,,,(Aku & Nisa menjawab serentak)
Qaem:Kata Adi Akmal tadi,saudari berdua hendak berjumpa dengan saya.Apakah halnya???
Aku:Ya,memang betul saudara Qaem.Ada hal penting yang saya nak tanyakan pada saudara.
Qaem:Apakah hal penting itu???
Aku:Rasa malu pulak nak berkata
Qaem:(Tersenyum)Kenapa perlu malu dengan saya???Berterus-terang sajalah.
Aku menarik nafas perlahan-lahan untuk mencari kekuatan.Khairunnisa Najwa di sebelah ku berkerut kebingungan."Takkan nak tanya pasal pelajaran pun nak malu sangat???.Peliklah sahabatku seorang ne",Omel Nisa dalam hati.Dengan lafaz Bismillah dan berselawat ke atas Nabi sebanyak 3x,aku berkata dengan penuh hati2 sambil menundukkan kepala,cuba bersembunyi di sebalik tudung bawal kehijauan milik ku yang pernah dihadiahkan oleh arwah Kakak ku dulu...
Aku:Jika dulu saiditina Khadijah binti Khuwailid datang meminang sendiri junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, tapi pada hari ini,di saat ini dengan bersaksikan saudari Nisa dan saudara Anzar,saya Ayatul Husna binti al-Khuzaimi datang melamar saudara,Syed Ibnu Qaem bin Syed al-Razi sebagai calon suami saya,,,
Al-Hamdulillah,terlepas sudah beban di jiwa.Jika dulu hanya tersimpan rapi dalam dada kini sudah dimuntahkan segalanya.Terima kasih ya Allah,,,Baru lega rasanya.Qaem dan Anzar terlopong seketika.Begitu juga dengan Nisa.Namun akhirnya terukir senyuman manis dari bibirnya.Qaem masih membisu seribu bahasa.Agaknya tidak tahu nak kata apa.Mungkin juga cuba berfikir jawapan apa yang hendak diberinya.Akhirnya aku yang bersuara.Kini semakin berani memandang wajahnya.
Aku:Saya tidak memaksa saudara untuk menerima lamaran saya.Sama ada saudara terima atau sebaliknya,saya terima dengan hati terbuka.Apa jua keputusan saudara,hubungan persaudaraan sesama Islam yang terjalin antara kita takkan putus sampai bila2.Ambillah masa secukupnya untuk menimbang baik buruknya perkara ini.Kami mohon diri dulu.Assalamualaikum,,,
Aku dan Nisa menoleh ke belakang.Cuba berpaling untuk meninggalkan tempat tersebut namun baru beberapa langkah menapak ke hadapan kedengaran saudara Qaem memanggil nama ku dari belakang.
Qaem:Tunggu dulu saudari Husna.Sebelum saudari berlalu,saya ingin bertanya.Kenapa saudari memilih saya???Setahu saya bukankah saudari sudah berpunya???
Aku dan Nisa tidak jadi melangkah lagi.Aku kembali ke tempat tadi manakala Nisa tidak berganjak dari tempat dia berdiri.Dengan tenang aku menjawabnya.Persoalan Qaem aku cuba rungkaikan satu persatu dengan sebaiknya.
Aku:Memang sebelum ini saya pernah bercinta.Benarlah kata orang,bila bercinta dunia ne bagai kami yang punya.Semua indah dirasa.Angan2 kosong jadi peneman setia.Setiap masa bersama si dia,hanya bahagia memenuhi jiwa.Dalam hati bagai ada taman yang berbunga-bunga.Pada suatu malam saya buat solat Istikharah.Tujuan di hati nak minta petunjuk dari Allah.Benarkah si dia jodoh saya yang akan memimpin saya ke JannahNYA???Selepas itu,saya tidur seperti biasa.Malam itu juga dengan izin Allah,saya bermimpi seorang lelaki tersenyum manis ke arah saya.Ternyata lelaki itu bukan dia tapi saudara.Saya terkejut jadinya.Tiga malam berturut-turut saya mohon petunjuk dari Allah lagi tapi mimpi saya tetap sama.Saya hampa dan kecewa.Saya anggap mimpi itu hanya mainan tidur yang datang dari syaitan laknatullah yang ingin mempermain-mainkan perasaan saya.Astaghfirullahul'azim,,,Bodohnya saya,jahilnya saya.Kerana kasih terlalu dalam pada si dia,saya sanggup menidakkan hidayah yang diberi oleh Allah...
Airmata merembes keluar tiba2.Rasa sebak menyelubungi diriku.Aku menyapu airmata ku sendiri.Aku tidak perasan sejak bila Nisa sudah mendekatiku.Dia mengusap-usap lembut bahu ku seakan-akan berusaha menenangkan perasaan ku.Selepas rasa reda sedikit,aku menyambung bicara ku.
Aku:Benarlah Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana.Ditakdirkan si dia berpaling cinta daripada saya.Sungguh saya tidak menyangka istana cinta yang dibina hancur berkecai angkara orang ketiga.Mungkin ini balasan saya.Kerana berani melawan takdirNYA,saya terima padahnya.Kerana KasihNYA pada saya juga,saya cepat tersedar dan mula berpijak di bumi yang nyata.Hati yang gundah-gulana dan resah gelisah menjadi tenang selepas melihat wajah saudara.Saya tertanya-tanya kenapa sekarang baru saya perasan???Bermula saat itu,baru saya faham dan yakin memang saudaralah yang selalu memenuhi ruang mimpi saya selepas minta hidayah dari Allah.Sekali lagi,saya solat Istikharah dan hasilnya tetap sama.Saya pasti dan benar2 pasti,tiada lagi keraguan di hati ini.
Qaem hanya mendiamkan diri selepas mendengar segala luahan hatiku.Ya,luahan hati ku yang tidak pernah aku kongsi dengan siapa2 hatta dengan sahabat baik ku sendiri,Khairunnisa Najwa.Hanya pada Allah aku selalu berdoa,merintih dan mengadu segala masalah dan kesakitan yang ku rasakan di dunia ini.Anzar dan Nisa lebih selesa menjadi pendengar dan pemerhati,,,
Selepas memberi salam,aku dan Nisa meminta diri untuk pulang.Qaem dan Anzar hanya menghantar kami dengan pandangan mata hingga ke pintu utama,,,Dalam perjalanan balik ke kolej kediaman,aku lebih suka mendiamkan diri.Nisa hanya tersenyum-senyum sendirian.Ada maksud tersirat di sebalik senyumannya.Hanya dia dan Allah yang tahu.
Beberapa minggu kemudian,selepas peristiwa itu seperti hari2 biasa kami masih berjumpa di bilik kuliah yang sama.Bagai tiada apa2 yang terjadi antara kami berdua sehinggalah pada suatu hari semasa aku sedang sibuk mengemas pakaian untuk menghabiskan cuti semester 3,seorang rakan ku mengetuk pintu bilikku.Dia membawa sepucuk surat yang jelas tertera nama ku dan aku seperti kenal benar tulisan si penulis surat itu.Dengan lafaz Bismillah dan perasaan berdebar-debar,aku membaca isi kandungannya,,,
Assalamualaikum saudari Ayatul Husna,,,
Semoga saudari sentiasa di bawah lembahyung rahmat dan kasih sayangNYA,,,Maafkan saya kerana membuat saudari tertunggu-tunggu jawapan dari saya.Seperti saudari maklum,kita masing2 sibuk untuk menghadapi exam semester 3.Barulah sekarang ada sedikit kelapangan untuk menulis surat ini.Jika saudari tidak keberatan,2minggu lagi keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga saudari untuk merisik.Niat di hati saya ingin mengikat tali pertunangan.......................................
Menitis airmata kebahagiaan selepas membaca suratnya.Rupa-rupanya dia turut merasakan apa yang ku rasa.Oleh kerana dia tahu pada masa itu aku sudah berpunya,dia tidak meluahkannya.Dia menunggu masa yang sesuai untuk memberitahu ku kerana dia percaya kalau jodoh takkan ke mana.Dia tidak menyangka aku yang membuka langkah dahulu.Nisa yang hanya memerhati gelagat ku dari tadi datang menghampiri ku.Sebagai sahabat baikku,dia seolah-olah mengerti apa perasaan ku.Dia mengesat airmata ku dan kami berpelukan agak lama.Aku kemudiannya mengambil wudhuk dan Solat sunat 2 rakaat sebagai tanda kesyukaran yang tidak terhingga kepadaNYA,,,Tidak seperti sujud yang biasa,pada kali ini sujud ku lebih lama.
Selepas 2minggu seperti yang dijanjikan,keluarga Qaem datang merisik dan cincin pertunangan disarungkan ke jari manis ku oleh bakal mertua ku,ibu Qaem.Jika tiada halangan,selepas kami habis belajar kami akan diijabkabulkan.Maknanya tinggal 1semester lagi kami menghabiskan pengajian di Universiti Darul Iman peringkat Sarjana Muda Teknologi Maklumat,,,
Terima kasih ya Allah kerana memudahkan segala urusan ku di dunia dan mengatur apa yang terbaik untukku.Aku menerima Syed Ibnu Qaem sebagai jodoh ku dengan restu kedua-dua belah pihak keluarga dengan mengikut petunjuk dariMU,,,Aku terima dia seadanya.Jika itu takdirNYA,,,
6 comments:
huhu.. best citer dia :)
@zizie
Terima kasih,,,:)
best dan straight to the point senang faham...... teruskan lagi yer....
salam BW :-)
@M@M@ SH@RIDZ
InsyaAllah M@m@,,,Trma ksh krn sudi membaca cerpen p'tma sy ne^^
Terbaekkkk... :)
SentiasaPanas[dot]com
@SentiasaPanas.com
Terima ksh :)
Drop ur Comment here