Fresh Entri Must Read

12 Oct 2012

Segmen Mialiana.Com : Mari Berpantun

Izzah Norlizah| 3:24 am| 9Comments|

Tak habis segmen lain,join segmen baru lagi,,,
Kali ne lain dari yang lain pulak,,,
Agak mencabar sikit dan menguji minda,,,
Segmen Kak Mialiana ne ajak kita berpantun,,,
Siapa berminat,click banner kat bawah ne,,,

Tarikh Tutup : 15 okt 2012

Assalamualaikum pembuka kata
Diucapkan kepada anda semua
Mari dekat si kacak jelita
Jom layan pantun bersama-sama

Pergi bercuti ke Pulau Bali
Singgah sebentar di Singapura
Kak Mia menjual,saya membeli
Dengarkanlah ini jawapannya


Malam-malam pergi Kedai Nyonya
Kedai jauh naik kereta waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Sultan Mahmud nama si raja
Disanjung tinggi rakyat jelata
Izzah dan Lizah nama manjanya
Pilihlah satu antara dua

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Ikan tongkol,ikan keli
Mana nak sama si ikan sembilang
Hingga kini sedang mencari
Status bujang masih disandang

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Kambing merayau di kaki lima
Takut berjalan di atas titi
Ilmu di dada sejengkal cuma
Mengenggam ijazah hasrat di hati

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

Pokok semalu tumbuh melata
Ditiup angin teruslah rebah
Negeri Di Bawah Bayu negeri tercinta
Itulah negeri ku kebanggaan rakyat Sabah

Berpantun sudah,merapu pun sudah
Kini masa mengundur diri
Pada Kak Mia harap terjawablah sudah
Jika umur panjang kita jumpa lagi

9 comments:

cik azLyzah⊙.☉ said...

wahhhhhhhhh...Best nyaa...Izzah pndai lah buat pntun..Cik nak join tapi tak reti nak reka pantun2 ne..
btw good luck dear :D

Nurul Aini said...

Wahh..hebatnya pantun cik izzah. Terbaiklah. Semoga berjaya. ^__^

Izzah Norlizah said...

@cik azLyzah⊙.☉

Hehehe,,,cba2 je 2,,,lum cba lum taw kn???tq dear^^

Izzah Norlizah said...

@Nurul Aini

Terima kasih,,,InsyaAllah,Ameen,,,

Mia Liana said...

Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini

Izzah Norlizah said...

@Mia Liana

Lepas bekerja bersukaria
Terima kasih ya kak Mia^^

baby comel said...

hebat juga ye org sabahan ni berpantun =)
~baby dh follow sini..

Izzah Norlizah said...

@baby comel

hbt ke???hahahaha^^rsanya suma peserta lg hbt2 dr sy.

Yana Aina said...

bebas burung menari-nari
terbang tinggi seronok sekali
dari segmen sama dtg kemari
sudilah kunjungi yana kembali

http://nazlyizan.blogspot.com/2012/10/segmen-mialianacom-mari-berpantun.html