Fresh Entri Must Read

6 Aug 2012

Pengalaman Dua Bulan Dalam Dunia Blogger

Unknown| 12:36 am| 16Comments|

Pejam celik2 tak sedar *sudah 2bulan* aku dalam dunia blogger,,,
Macam2 orang dan ragam da aku lalui,,,
Adat dunia dalam setiap perkara pasti ada suka dan duka,,,
begitu jugalah dalam dunia blogger,,,
Tapi aku nak kongsi yang best2 dulu,

Sepanjang aku berblogging,ramai jumpa member2 baru dari
pelusuk Malaysia dan Indonesia,,,Jumpa di alam maya jelah
Jumpa di alam realiti belum lagi,,,
Rata2 orang semenanjung,aku pula orang sabah,,,
Jauh tu dan susah nak jumpa
Mampu eratkan silaturahim di alam siber je,,,

Dalam ramai2 member yang aku kenal dalam cbox,fibox,
shoutbox dan segala box yang ada tapi aku tak tahu,
da 1member yang aku tak boleh lupa,,,
Dia femes di kenali sebagai Resz,,,
Mamat nie law ajak dia chatting dalam cboxnya tu,
*cepat atau lambat* dia pasti balas kat shoutbox aku...
Tue yang bestnya tu,,,
Rajin blogwalking dan kalau ada entry terbaru,
dia rajin tinggalkan link kat shoutbox,,,
Jadi senang nak tahu perkembangan terbaru dia,,,
Tak payah susah2 pergi dashboard lagi,,,
Kalau jadi frenz dia pasti tahu kan dia camna,,,

Lagi 1,seorang adik nie baru jadi follower aku
semalam law tak silap,,,Namanya Alia Rosli
Kami saling follow2 la,,,
Dia baik hati sebab sudi dan rajin buat banner untuk aku,,,
Law korang perasan dekat sidebar aku,
ada banner kan???Dialah yang tolong buatkan,,,
Terima kasih ya dik,,,Akak nie baru lagi dalam
dunia blogging jadi tak tahu nak wat sendiri,,,:P
Kalau masih yang takda banner lagi,
pergilah terjah blog dia,,,
Kot2 dia masih baik hati nak buatkan untuk korang pulak
*Tapi kena jadi follower dia dulu la*,,,

Dalam best2 tue,ada juga yang tak best dalam arena blogging nie.
Mungkin aku ne terlalu lurus bendul,percaya je apa
yang orang cakap,,,kata da follow aku,siap tinggalkan link
dan inform dalam shoutbox lagi.Jadi aku pun apa lagi,,,
Blogwalkinglah ke blog orang yang 'jujur' tue&follow balik...
Bila check bilangan follower,sama je dari semalam,,,
Takda yang berubah,,,Kalau seorang dua,ok la
*Tapi da banyak kali kena*,,,sakit hati juga.
Mentang2 la aku nie baru pangkat newbie,
sedap2 je nak menipu tapi aku tak bodoh dah,,,
Bila aku dah kenalpasti kaki penipu tue,aku unfollow je.
Apa susah kan???Maaflah lau ada yang terasa
tapi tolonglah bersikap jujur pada orang lain,,,
Tu pun susah sangat ka nak buat???

Minggu lepas,blog aku kena hacked,,,
Berpinar-pinar kepala hotak ne kejap,,,
Betul ka apa yang aku lihat ne???
Cam tak percaya je,panik pun ada
Cepat2 tanya Mr.Google tapi tak faham la,,,
Call sepupu2 yang pakar dalam IT ne,dorang pun
tak boleh bantu sebab tak tahu,,,
Post dalam group blogger tapi hampeh,,,
Takda pun yang tolong,ada pun bagi simpati je
Adoi,,,Godek2 sendiri tekan itu dan ini
dan akhirnya blog aku ne *kembali seperti asal*,,,
Al-Hamdulillah,,,^__^

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

4 Aug 2012

'Wanita...Kau Insan Istimewa'

Unknown| 12:19 am| 0Comments|
Salam Jumaat semua... 
Da lama tak update blog,Rasa rindu pulak,,, 
Blog memang rajin buka dan blogwalking tapi update tue yang malas,,, 
Bukan sebab idea tiada tapi disebabkan faktor2 tertentu,,,

Credit: Mr.Google

 'Wanita,,,Kau insan Istimewa'... 
Cam best je kan tajuk entry aku kali ini??? 
Bukan aku nak pok-pek2 pasal keistimewaan kaum sejenis aku nie 
tapi statement nie adalah lirik lagu kumpulan nasyid DeHearty,,, 
Tajuk lagunya 'Wanita'... 
 dan aku memang minat sangat lagu nie,,, 
Hari2 dengar pun tak boring,,,

 Kalau korang hayati setiap bait lagu nie, 
Memang indah susunan kata-katanya,,, 
Lagunya pun best didengar sbg penyejuk halwa telinga
Di bawah nie aku da tulis lirik lagu tersebut:
Bagi yang da tahu lagu nie,
Nyanyilah ikut rentak lagu yang betul

Bagi yang tak tahu dan tak pernah dengar lagi,
Takpa,,,boleh tengok video yang aku ambil
dari youtube nie,,,
memang tak rugi dengar,,,
Alunan muziknya pun best,,,
Jom layanzzz,,,
Jangan sampai tertidur pulak,,,^__^


WANITA - DeHEARTY 

Kau digelar sebagai penyeri dunia 
Hadirmu melengkap hubungan manusia 
Bukan sahaja dirindui yang biasa 
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa 

Akalmu senipis bilahan rambut 
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu 
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh 

Tercipta engkau dari rusuk lelaki 
Bukan dari kaki untuk dialasi 
Bukan dari kepala untuk dijunjung 
Tapi dekat di bahu untuk dilindung 
Dekat jua di hati untuk dikasihi 
Engkaulah wanita hiasan duniawi 

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok 
Jika datangnya dari kayu yang bengkok 
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian 
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa 

Engkaulah wanita istimewa 

Sedarilah insan istimewa 
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

 Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

28 Jul 2012

~Kata-kata Penenang Jiwa~

Unknown| 11:13 pm| 2Comments|
Al-hamdulillah,,,dengan Rahmat dan kasih sayang-NYA kita masih bertemu dalam bulan Ramadhan 
yang mulia ini,,,Jangan ponteng2 puasa ya,teruskan hingga ke penghujungnya kecuali 
sebab2 yang dibolehkan untuk berbuka puasa,,,Ingat,
bulan Ramadhan hanya datang setahun sekali jadi hargailah
masa yang ada dengan sebaik-baiknya,,,

Direct to point,sangat suka aku nak kongsikan di sini himpunan kata2(quote).
Semua kata2 ne aku ambil dari rakan facebook,Ana Uhibbuki Fillah.
Memang tak rugi jadi frenz fb dia sebab dia suka kongsi kata2 berguna&berhikmah,,,
Kalau aku online,tak pernah missed like statusnya,,,Kalau nak jadi frenz dy,
add je beliau di facebook.Berminat???Tekan ini,,,

Sebelum publish post ne,aku dah minta izin dengan empunya buat kata2 ne,,,
Yang baiknya dia ne siap suruh tak payah kreditkan atas nama dia,,,
Ambil je apa yang aku suka tapi tak nak lah cam tue kan???
Macam sokong kempen 'cetak rompak' je.Tak mahu cam tue.
Da separuh kata2 nie yang aku ubah 'SIKIT' supaya nampak
sedap 'BANYAK' didengar,,,^__^,,,
Jom layanzzz,,,

































p/s:Doodle2 d atas tue aku ambil dari kawan2 blogger.
Da minta izin pun cuma 1 je yang aku wat sendiri,,,
Korang mesti dapat teka yang mana 1 aku buat kan???^__^



Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Hilangkan Underline(Garis Bawah Link)

Unknown| 5:17 am| 2Comments|
Tutorial time,,,Tetiba ada mood plak nak wat tutorial.Ne bukan permintaan
dari sapa-sapa,,,^__^Tentu masih ada lagi yang tak tahu camna nak Hilangkan
Underline(Garis Bawah Link) dalam blog,,,Caranya mudah je.
Follow step by step ya,,,

1. Dashboard>Templete>Edit HTML

2. Cari kod  ini,,,

text-decoration:underline ;

3.Bila da jumpa,anda akan nampak kod kat bawah nie,,,

a:link {
 text-decoration:none;
 color: $(link.color); }

 a:visited {
 text-decoration:none;
 color: $(link.visited.color); }

 a:hover {
 text-decoration:underline;
 color: $(link.hover.color); }

4. Jangan ubah apa-apa kecuali yang tulisan biru tue,,,Tukar cam nie,,,

text-decoration:none;

Senang je kan???cuma tukar 'underline' jadi 'none'.

5. Siap,,,Preview dulu,kalau takda error,save terus.

,,,Selamat mencuba,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

27 Jul 2012

*Bahang Raya Sudah Terasa*

Unknown| 1:35 am| 15Comments|
Fuhhh!!!Masa nak tulis entry ne da ngantuk giler sebab seharian pergi bandar jalan2,lenggang2 kangkung.Hehehehe,,,Tak adalah..Nak beli barang sikit tuk persiapan hari raya.Awal lagi kan tapi saja je nak beli awal2 jadi tak la kelam-kabut lagi.Tak payah sesak2 dengan orang ramai nanti...

Memang rambang mata la tadi..Banyak barang cantik2,murah2 lagi tue.Musim perayaan ne,
tahu2 la tauke2 kedai tue nak turunkan harga.Nak tarik hati dan perhatian para pelanggan.Cam nak beli banyak2 je tadi tapi tak elok la membazir kan???Nafsu kena tahan dan lawan lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan nie.Faham2 jelah orang pompuan nie,,,:)

Nasib baik lah tadi masa jalan matahari tak panas sangat,,,Adalah mendung sikit2 tapi tak lah sampai hujan.1bandar Tawau tu kami da 'Round' semata-mata nak cari barang yang berkenan di hati.Penat,lapar&haus tak terasa langsung.Agaknya keadaan cuaca yang baik dan perasaan excited yang tak sabar2 nak sambut raya menutup segala perasaan tue.Bila balik rumah baru terasa penat..
Dapatlah tidur sekejap,,,

Walaupun bulan Ramadhan tak sampai sepuluh hari kita sambut tapi bahang hari raya tu da terasa.Da banyak promosi2 jualan diadakan di sini sana.Kedai2 kat tepi2 jalan tue pun da ada.Kuih-muih raya da dipasarkan&harga keperluan da diturunkan.Da jadi 'trademark' semua tu bila tiba musim perayaan 
lebih2 lagi bila menyambut Hari Raya...Tue yang membuatkan kita tak sabar2 tue,,,^__^

Asyik mencari barang yang di perlukan sampai lupa nak tangkap gambar
suasana kat bandar Tawau tadi.Yalah,nak tunjuk dan kongsi dengan korang
kemeriahan di sini.Bolehlah korang tengok dengan biji mata sendiri melalui gambar je,,,
Oleh kerana tak da gambar yang berkaitan dengan tajuk entri nie,aku bagi tunjuk dengan korang
kasut yang aku beli tadi.Nah,tengok nie,,,


Simple je kan???kasut korang mesti lagi cantik,menarik dari ini,,,kasut ne lah yang aku pakai raya nanti,,,
Sebelum nie selalu beli kasut warna hitam sebab match dengan semua warna dan
tak nampak kotor sangat tapi raya tahun ne
warna putih pulak jadi pilihan,,,Putih ne pun seangkatan dengan
warna hitam,pakai baju warna apa2 pun masuk juga dgn warna putih nie,,,

Lain kali aku upload gambar banyak2,,,Biar situ mata korang penuh dengan gambar je...
Hihihihi,,,Gurau ma,jangan marah.Pada yang nak tengok dan berminat je lah,,,
Pada yang tak minat tu tak paksa pun tengok,,,Nak tidur dulu la geng,,,
Subuh nie nak kena bangun lagi masak dan makan sahur,,,
Biji mata pun da naik kelabu.Ok guyz,,,babye.Out,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...