Fresh Entri Must Read

3 Feb 2014

7 Tips Menulis Entri Menarik

Unknown| 1:03 pm| 14Comments|

7 Tips Menulis Entri Menarik ne aku ambil daripada bloger2 senoir.
Tak lah copy paste 100 % kerana aku olah sedikit demi sedikit
menggunakan ayat dan perkataan sesedap rasa ku sendiri...
Menulis entri nampak mudah tapi sebenarnya perlu ada caranya
untuk menulis entri menarik di hati pembaca...Let's cekidout...

1. Tajuk yang menawan
Dalam menulis sesebuah entri perlu ada tajuk...
Tajuk sangat penting untuk menarik minat pembaca.
Buatlah tajuk yang menawan sehingga pembaca tertawan
untuk membaca entri kita.Tak kisah seberapa banyak masa diambil
semata-mata nak mencari idea membuat tajuk yang menawan
atau omputeh panggil 'Killer Title'...

2. Mukadimah yang awesome
Jika mukadimah sudah best dibaca, tentunya pembaca akan berfikir
isi2 entri seterusnya tak kurang hebatnya dan pembaca tak sabar2
ingin meneruskan pembacaan sehingga pengakhirannya...
Susun kata2 indah tapi bermakna dan tak jauh ke laut dari tajuk.
InsyaAllah kita akan dapat buat mukadimah yang awesome
sehingga pembaca berasa teruja membacanya...

3. Variasi / Kelainan
Semasa menulis entri,buat variasi atau kelainan.
Variasi dimaksudkan di sini letakkan gambar atau video yang berkaitan
dengan isi entri kita.Saat mata pembaca lama melihat tulisan,
kita hidangkan dengan gambar atau video untuk merehatkan mata pembaca.
Jika ada perkataan penting,kita bold kan dan besarkan perkataan tersebut.

4. Buat kajian dan perbandingan dengan blog2 lain
Dalam dunia blogging kita kena rajin berblogwalking ke blog2 lain.
Apa guna follower beribu-ribu jika satu blog follower pun kita tak pijak.
Semasa berblogwalking,jangan hanya tinggalkan jejak tetapi
baca entri2 mereka juga.Luas berblogwalking dapat meningkat pengetahuan
dan menambah pengalaman.Buat perbandingan dan kajian dengan blogger2 
lain semasa membaca entri2 mereka terutamanya blogger2 popular.
Cedok ilmu di sana,ok bukan copy paste.Biar entri kita tak setanding
dan tak sehebat mereka asalkan dari pemikiran dan hasil kita sendiri.
Masih ada masa untuk memperbaiki segalanya.


5. Menimbulkan tanda tanya.
Dalam entri kita,jangan hanya berkisarkan pandangan dan perasaan
kita semata-mata.Tahulah kita punya blog dan kita yang menulisnya
tapi sekurang-kurangnya ambil tahu perasaan dan pandangan orang lain.
Buat persoalan untuk menimbulkan tanda tanya di benak fikiran pembaca...
Lantaklah tentang persoalan apa sama ada bertanya perasaan pembaca
atau ingin tahu pandangan pembaca tentang isi entri kita..Ini dapat
menarik pembaca untuk berinteraksi dengan kita dan meninggalkan komen
di kotak komen.Secara tidak langsung,kita mewujudkan komunikasi
antara kita dan pembaca.So,tidaklah kita dianggap syok sendiri,ya tak???

6. Tulis entri sederhana
Kepanjangan entri kita juga menjadi salah satu tarikan pembaca.
Jangan tulis entri terlalu panjang hingga pembaca malas dan bosan
membacanya kena2 lagi tulis ayat merapu-rapu dan tak tahu
hujung pangkal jalan ceritanya berakhir di mana...
Jangan pulak buat entri terlalu pendek hingga membuatkan
pembaca tertanya-tanya dan tak faham apa yang cuba disampaikan oleh kita.
Cukup sahaja tulis entri sederhana.Lengkap dengan fakta yang
benar dan dikemukakan dengan bukti yang sahih dan kukuh...

7. Kesimpulan / Penutup
Menulis entri sama juga seperti membuat karangan.
Jika ada pembuka,maka ada juga penutupnya.
Buat kesimpulan yang ringkas tentang entri yang kita buat
tetapi padat dengan pengajaran dan nilai2 murni yang sihat.
Kesimpulan tak perlu panjang,cukup 3 @ 4 perenggan sahaja.
Ulas serba sedikit tentang isu entri kita dan pastikan menarik
hingga pembaca tertarik dengan kesimpulan kita 2...(^__^)

Fuhhh...panjang berjela-jela juga ya entri aku kali ne ya???
Camna,ok tak???Korang ada tips2 lain tentang menulis entri menarik ne???
Kita saling berbagi dan berkongsi tips menghasilkan entri berkualiti...
Bukankah Sharing is caring. Kan,,,kan,,,kan???(^__^)

14 comments:

fragmenbiru said...

Alhamdulillah... bila baca entri akak nie,abak rasa banyak juga yang kna abak tingkatkan ...hehe.. nice sharing kak !! terbaik!!

fragmenbiru said...

Kak,nak add fb akak...nama apa ye?

Cik Lily Putih said...

bagus ni boleh praktikkan..

Unknown said...

tips bguna wat newbie mcm zara.. trima kasih.. ^^

NASZ said...

bagus tips ini. saya jenis suka tulis je apa yang keluar spontan dari otak saya. Nak menulis ni bukan boleh expert sehari dua tapi bertahun-tahun jugalah. tapi yang penting, teruskan dan jangan putus asa.

From,

Nasz

www.nasznadzeri.com

Cik Puan said...

tu lah...tips ne brguna sangat buat cik..dah 3tahun jadi blogger tp masih lagi terkapai-kapai...

Akupenghibur.com said...

wahh sangat bagus entri ini.. betul tu ,acik pun mempelajari banyak hal

p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

unsecretostory said...

Nice sharing dear. Kalau aten selalu malas nak mukadimah. Xpandai laaa.

norhasnizakhalid said...

satu perkongsian yang menarik.... terima kasih dear..

Nanie Dean said...

Tq untuk tips yang best tu...

Unknown said...

tq berkongsi tip... :)

cik lisa said...

satu perkongsian yang bagus kak ;), boleh lah amalkan nanti ni, hehe

Kiera Rashid said...

Perkongsian yang menarik...
Lepas ni kiera kena tingkatkan lagi cara membuat entri :) Thanks^^