Fresh Entri Must Read

27 Jul 2012

*Bahang Raya Sudah Terasa*

Unknown| 1:35 am| 15Comments|
Fuhhh!!!Masa nak tulis entry ne da ngantuk giler sebab seharian pergi bandar jalan2,lenggang2 kangkung.Hehehehe,,,Tak adalah..Nak beli barang sikit tuk persiapan hari raya.Awal lagi kan tapi saja je nak beli awal2 jadi tak la kelam-kabut lagi.Tak payah sesak2 dengan orang ramai nanti...

Memang rambang mata la tadi..Banyak barang cantik2,murah2 lagi tue.Musim perayaan ne,
tahu2 la tauke2 kedai tue nak turunkan harga.Nak tarik hati dan perhatian para pelanggan.Cam nak beli banyak2 je tadi tapi tak elok la membazir kan???Nafsu kena tahan dan lawan lebih2 lagi dalam bulan Ramadhan nie.Faham2 jelah orang pompuan nie,,,:)

Nasib baik lah tadi masa jalan matahari tak panas sangat,,,Adalah mendung sikit2 tapi tak lah sampai hujan.1bandar Tawau tu kami da 'Round' semata-mata nak cari barang yang berkenan di hati.Penat,lapar&haus tak terasa langsung.Agaknya keadaan cuaca yang baik dan perasaan excited yang tak sabar2 nak sambut raya menutup segala perasaan tue.Bila balik rumah baru terasa penat..
Dapatlah tidur sekejap,,,

Walaupun bulan Ramadhan tak sampai sepuluh hari kita sambut tapi bahang hari raya tu da terasa.Da banyak promosi2 jualan diadakan di sini sana.Kedai2 kat tepi2 jalan tue pun da ada.Kuih-muih raya da dipasarkan&harga keperluan da diturunkan.Da jadi 'trademark' semua tu bila tiba musim perayaan 
lebih2 lagi bila menyambut Hari Raya...Tue yang membuatkan kita tak sabar2 tue,,,^__^

Asyik mencari barang yang di perlukan sampai lupa nak tangkap gambar
suasana kat bandar Tawau tadi.Yalah,nak tunjuk dan kongsi dengan korang
kemeriahan di sini.Bolehlah korang tengok dengan biji mata sendiri melalui gambar je,,,
Oleh kerana tak da gambar yang berkaitan dengan tajuk entri nie,aku bagi tunjuk dengan korang
kasut yang aku beli tadi.Nah,tengok nie,,,


Simple je kan???kasut korang mesti lagi cantik,menarik dari ini,,,kasut ne lah yang aku pakai raya nanti,,,
Sebelum nie selalu beli kasut warna hitam sebab match dengan semua warna dan
tak nampak kotor sangat tapi raya tahun ne
warna putih pulak jadi pilihan,,,Putih ne pun seangkatan dengan
warna hitam,pakai baju warna apa2 pun masuk juga dgn warna putih nie,,,

Lain kali aku upload gambar banyak2,,,Biar situ mata korang penuh dengan gambar je...
Hihihihi,,,Gurau ma,jangan marah.Pada yang nak tengok dan berminat je lah,,,
Pada yang tak minat tu tak paksa pun tengok,,,Nak tidur dulu la geng,,,
Subuh nie nak kena bangun lagi masak dan makan sahur,,,
Biji mata pun da naik kelabu.Ok guyz,,,babye.Out,,,

15 comments:

maszull said...

assalamualaikum lizah...xkira la cantik ke x cantik itu semua tidak menjadi ukuran apa yang kita pakai janji kita boleh beraya bersama2 keluarga n teman2kan...

Yuliana Wahit said...

yang penting kaki selesa memakai... :)

Unknown said...

Erm,,,tol2 suma p'dpt kowang 2.xgna jg law cntk&mhl tp xslsa nk pkai

Irna ahmad said...

Keselesaan yg penting, kalau sakit bila guna tak guna jugak :)

Unknown said...

@Irna ahmad

A'ah,,,2 yg pntg2 sgt

Arina Shamsul said...

dear kamu orang tawau ka?

comel kasut tu :)

Unknown said...

@Arina Shamsul

YA Mama Arina,,,org Tawau tp asl Semporna^^,,,terima ksh

boni kacak said...

nak pinjam kasut tu sebulan boleh??hahaha

cerita best said...

alaaaaa pinjampe kasut sbln bek pinjam 2 thn hahahha

Unknown said...

@boni kacak

nk pnjm sbln wtpa???curiga ne^^

Unknown said...

@cerita best

A'ah kn???bg trs pn blh^^

nabila biela said...

done review blog izzah..http://comey-comeyblog.blogspot.com/2012/10/review-blog-izzah-norlizah.html

Syaza Ridzuan said...

alamak..lamanya izzah tak update blog..tp takpe, atleast dpt bca entri masa raya Izzah.

Hi! Sy nk invite Izzah utk join contest dr QIOS. Senang je, cuma cadangkan sambungan nama blog QIOS. Cth QIOSity. Haa... Jom! www.qiostestblog.blogspot.com