P.E.N.A.T yang tak hilang lagi,,,baru balik dari bandar Tawau dan tak cukup
T.I.D.U.R,,,Mengantuknya hanya Tuhan yang tahu,,,T__T,,,Setting dalam mind
malam nie nak tidur awal ok...Nak lepaskan semua kerisauan,kelelahan,kepenatan,ketidakcukupan
tidur dan 1001 RASA LAIN yang membelenggu diri saat ini dalam tidur yang lena
bertemankan mimpi indah di samping bantal busyuk dan tilam empuk.
Nie cerita pasal pengalaman temuduga di kunak semalam,,,Cukup memenatkan dan
mendebarkan.9.7.2012 merupakan tarikh berlakunya peristiwa berprestij itu,,,(berprestijlah
sangat),,,Sebelum temuduga itu,aku dikhabarkan temuduga tersebut bukan
temuduga terbuka tapi hanya untuk orang2 tertentu sahaja dan orang2 itu adalah
barisan manusia yang dipanggil melalui telefon oleh pusat temuduga.
Bayangkanlah kowang da pergi jauh2 semata-mata nak hadiri temuduga ditambah
dengan kos perjalanan kowang ke sana dan apabila mendapat khabar berita cam
tu,apa yang bermain di minda anda???Apa yang kowang rasa???*sangat2 hampeh dan kecewa kan*???Yap,tu
lah yang aku rasa sampai tak dapat tidur malam walaupun da melalui perjalanan
yang panjang(jauh la maksudnya ),,,
Macam mana kalau khabar angin tu betul???Patutkah aku mengikuti temuduga
tersebut dengan muka yang tak tahu malu???Tak pun buat2 tak tahu dan berlagak
seperti biasa???Kononnya antara calon2 yang dipanggil untuk temuduga tu,,,Ya
Allah,pa aku nak cakap dengan orang tua ku nanti???sebab aku pergi diiringi
restu mereka dan datang dengan harapan mereka.Takkan pulang dengan tiada
apa2???
Asyik memikirkan hal yang sama hingga ke pagi tapi sekembalinya sepupu dari
tempat kerjanya membawa khabar bahagia.Temuduga tu memang temuduga terbuka sebab
dia da tanya dengan penemuduga(amoi cina) itu sendiri.Aku menarik nafas lega
seketika.Segala persoalan dan kekusutan terlerai sudah.Semangat yang hilang
kembali tiba2.Diganti dengan perasaan baru yang sukar diucap dengan kata2.
Berbekalkan lafaz Bismillah dan perasaan berdebar2 yang tiada titik
noktahnya,aku melangkah dengan yakin ke pejabat temuduga..Walaupun air-cond
dalam pejabat itu sudah boleh membuatkan air suam sejuk dalam beberapa minit
namun belum cukup untuk memadam kegusaran dan debaran kencang di dada tapi
syukur,,,Aku tidak sendirian sebab aku ditemani seorang sepupu dan kawan2 lain
yang baru aku kenali sekejap cuma yang turut merasai apa yang aku rasa dan akan
melalui saat2 getir bersama.
Seorang demi seorang sudah melepasi ditemuduga dan tibalah giliran ku yang
juga calon terakhir yang berpotensi untuk berjaya^__^,,,Aku menarik nafas
sebelum melangkah ke destinasi.Ucapan syukur kepada Allah yang entah ke
berapa kali aku ucapkan lagi.Ternyata penemuduga(seorang wanita cina yang
rasanya belum berkahwin)seorang yang peramah.Tidaklah garang seperti yang ku
sangka.Soalan demi soalan yang ditanya,aku menjawab dengan jiwa yang tenang
berbaur rasa gugup yang cuba sedaya upaya disembunyikan.
Walaupun aku rasa ada jawapan ku yang tidak menyakinkan gadis cina
itu tapi aku puas sebab aku menjawabnya dengan jujur.*Segala yang aku ucapkan adalah dari hati yang
sebenarnya*.Bukan pura2 atau kepalsuan semata-mata hendak
berjaya dalam temuduga itu.Lepas 1masalah,,,Aku dan sepupu melangkah bersama
nafas lega.Khabar angin itu memang ada benarnya.Rata2 orang yang mengikuti
temuduga itu adalah orang yang memang dipanggil oleh pusat temuduga itu tapi
ada juga yang seperti aku.Mencuba nasib sebab rezeki ada di mana2.Kita perlu
berusaha mencari dan merebutnya,,,
Kini,aku cuma menunggu dua minggu sama ada berjaya atau tidak dalam temuduga
itu.Aku tidak berharap sangat sebab calon2 yang mengikuti temuduga tersebut,bukan
calang2 orangnya.Semuanya da ada pengalaman berharga baik dalam jawatan
yang dipohon atau dalam kerja lain,,,Berjaya atau tidak,aku da berusaha
sebaik-baiknya dan pengalaman yang baru aku kutip ini,takkan ku lupa sampi bila2.*Ia sangat berharga* walaupun kowang
rasa cuma biasa2 sahaja,,,@___@
p/s:Tidak lupa ucap terima kasih sbg tanda penghargaan kepada sepupu ku yang mewar-warkan temuduga itu.Kalau aku berjaya dapat kerja yang dipohon,aku takkan *lupa jasanya sampai bila2*,,,T___T
No comments:
Drop ur Comment here