Fresh Entri Must Read

10 Aug 2012

Hakikat Sebuah Kehidupan

Unknown| 2:38 pm| 2Comments|

Salam Ramadhan dan Salam Jumaat,,,
Ramadhan semakin meninggalkan kita,,,
Sedih hati namun kita harus terima,,,
kerana kita suka atau sebaliknya,
Ramadhan akan pergi jua,,,

Syawal kian menjelang
Pasti ramai yang ternanti-nantikan,,,
Segala persiapan sudah diaturkan
Semua keperluan sudah disediakan
Tinggal nak digayakan di hari lebaran,,,

Hari demi hari yang dilalui
Kian jauh meninggalkan kita
Masa yang telah hilang
Takkan  kembali berulang lagi...
Itu sesuatu yang pasti

Pada hari jumaat yang penuh Rahmat,
Ada berita yang baru diterima
Nenek saudara telah kembali ke Rahmatullah
Al-Fatihah dititipkan sebagai sedekah
Moga Rohnya diampunkan Allah,,,

Begitulah hakikat sebuah kehidupan,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Setiap yang hidup,pasti akan kembali menemui Tuhan,
Segala yang datang akhirnya akan pergi
Jika ajal dan maut sudah sampai atas kehendakNYA

Wahai PEMEGANG Hati ku yang rapuh,
Tetapkanlah hatiku atas ketentuan_MU
Izinkan aku menikmati Ramadhan-Mu
Yang akan datang tahun hadapan lagi,,
Sesungguhnya hanya ENGKAU yang mampu
Makbulkan doa hambaMU yang hina ini


Moga Ramadhan seterusnya
menjadi milik kita lagi,,,,
Sebak kian menyelubungi
Adakah esok masih ada untuk kita???'
Tapi yang pasti,,,
Yang pergi  tak akan kembali
Itulah hakikat kehidupan,,,

2 comments:

aNiss :):) said...

mati itu pasti. cepat atau lambat jer yang kita xtaw. btw, al-fatihah :')

Unknown said...

Ameen,,,2 la.Redha je ats pemergian mereka.Ptg Jumaat 2 plak ank buah mnggl..:(