Fresh Entri Must Read

30 Sept 2012

Kisah Isteri memandikan Jenazah Suami

Unknown| 8:35 pm| 5Comments|


Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suaminya.
Bapa mertua dan polis forensik tak benarkan.
Isteri berkata sambil menangis-nangis.
"Ini janji kami berdua.Jika abang meninggal dulu,
kamu(isteri)akan mandikan jenazah abang.
Kalau kamu meninggal dulu,abang akan mandikan jenazah kamu."

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk
bertanya apa yang berlaku.
Ustaz jawab takpa kalau isteri nak mandikan
jenazah suaminya. Ustaz tadi dan beberapa orang
temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Si isteri dengan tenang membasuh muka suaminya
sambil berdoa:
"Inilah wajah suami ku yang aku sayang
tapi Allah lebih menyayangi abang.
Moga Allah ampunkan dosa2 abang dan satukan
kita di akhirat nanti."

Isteri membasuh tangan jenazah suami sambil berkata,
"Tangan inilah yang mencari rezeki halal untuk kami.
Masuk ke mulut kami.
Moga Allah beri pahala untukmu suami ku."

 Isteri membasuh badan jenazah suami sambil berkata,
"Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang
pada ku dan anak2.Moga Allah beri
pahala berganda untukmu wahai suamiku."

Seterusnya isteri membasuh kaki jenazah suami
sambil berkata:
"Dengan kaki ini,abang keluar mencari rezeki
untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari
semata-mata untuk mencari sesuap nasi.
Terima kasih abang,Moga Allah beri kau kenikmatan
hidup di akhirat dan pahala berlipat gandanya."

Selesai memandikan jenazah suaminya,
si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata,
Terima kasih abang kerana aku bahagia
selama menjadi isterimu dan terlalu bahagia.
Terima kasih kerana meninggalkan aku permata hatimu
yang persis dirimu dan aku sebagai isterimu
redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah."

Terharu baca kisah ne,,,
Hampir menitis airmata dibuatnya.
Betapa sucinya kasih seorang isteri kepada suaminya.
Kalau diberi peluang,aku nak jadi isteri macam tu juga untuk
bakal imamku dunia akhirat kelak. InsyaAllah,,,
Bukan sebagai seorang isteri je tapi juga sebagai seorang anak.


5 comments:

Unknown said...

sedihnyer....bole beri keinsafan...

Unknown said...

A'ah kan???2la,,,b'azam nk cm 2 1ary nti.InsyaAllah^^

qiy said...

semoga syurga balasan isteri tersebut , aminn :)

Unknown said...

sedihnyerr :(

jemput singgah ke BELLA DAMA COLLECTIONS

=)