Fresh Entri Must Read

27 Dec 2012

Tiga Minggu Menyepi

Izzah Norlizah| 6:02 pm| 2Comments|
Hampir tiga minggu da menyepi dari dunia blog,,,
Macam takda idea nak tulis,sebab 2 blog dibiarkan kosong
tanpa apa2 ceritera.Kadang2 ada juga idea timbul tiba2
tapi oleh kerana hanya menyimpan dalam minda
akhirnya idea itu lesap hilang entah ke mana,,,
Ada juga terfikir nak tulis dalam buku tapi oleh sebab
malas nak cari pen dan kertas,idea yang datang dibiarkan 
berlalu pergi begitu saja.Betapa malasnya aku,,,
Dan banyaknya perkataan 'TAPI" ketika menulis entri ini
menunjukkan banyak alasan yang aku cipta.Hehehehe,,,
Anda perasan tak???Tentunya,anda semua tidak BUTA.

Kerinduan pada blog kini terubat sudah,,,
Rindu pada masa lalu,setiap hari menemani blog ini...
Kini,kekangan waktu merubah segalanya,,,
Tidaklah 100%,mungkin juga diri ini puncanya.
Susah dimengerti dan dileraikan satu2,,,
Sungguh,rindu pada dunia blogging tidak tertanggung lagi.
Biarlah entri kali ini aku muntahkan kerinduan yang membara
Hingga anda yang membacanya dapat mengetahui dan juga merasai
hingga sampai ke sanubari anda semua,,,
Tidak terharukah anda??? :p

Sebulan di Semporna,kampung halaman tercinta
Mencatatkan seribu kenangan indah,,,
InsyaAllah,akan ku kongsi semuanya dalam entri2 seterusnya,,,
Ada suka,ada duka dan bermacam jenis rasa
yang anda juga pernah merasainya,,,
Untuk kali ini,aku undur diri terlebih dahulu,,,
Ingin menyelesaikan urusan yang ada,,,
Semoga bertemu lagi jika diizinkan Allah,,,
Salam Maghrib semua,,, :)

2 comments:

hnahdy said...

hepi blogging tau :)

Nurul Farahizzati said...

rindu zizie x? hehehe...