Wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAn
Maruah diri dipagari dengan kesopanan
Dialah puteri indah rupawan
Tika gadis lain sibuk menghiasi diri
Dia hias Nur Ilahi pada wajahnya
Tika gadis lain sibuk mencari sang putera
Dia selesa bersama cintaNYA
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga
Dia tekun dengan bait kata Tuhannya
Tika gadis lain menangisi pemergian arjuna
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA
Gadis itu...
Seperti mawar berduri
Indah dipandang namun sukar dipegang
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cantiknya kerana KEPERIBADIAN
Kerana itu dikatakan
Dialah Gadis Idaman
10 comments:
betul..wanita itu harus jadi seperti matahari..yang cantiknya mampu menyilau mata si pemerhati..jangan jadi seperti bulan, yang cantiknya mudah terlihat pandangan mata sahaja.
Sangat best puisi ni. ^__^
Best...Wilma suka puisi nie :-)
puisi yang sgt sedap..
wahhhhh...bestttttt ^^
Assalammualaikum..
tersentuh baca.. =)
Moga kita antara gadis idaman tu ye..
Anak okje nama Nur Iman pangkal dia ....
jadilah antara gadis idaman.. teruskan berkarya..
salam, nnt check nama pemenang lucky draw kat blog ika ye ^^
http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/11/pemenang-lucky-draw.html
Pandai Izzah mencipta sajakkan!....hantlah kat paper!
Cool :)
duhai wanita, jaga diri, hiasi peribadi :)
Jom join:
Segmen Blogwalking sampai lebam!
Drop ur Comment here