Fresh Entri Must Read

12 Nov 2012

Gadis Idaman

Izzah Norlizah| 1:00 pm| 10Comments|
Gadis itu...
Wajahnya berona NUR IMAN
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAn
Maruah diri dipagari dengan kesopanan
Dialah puteri indah rupawan

Tika gadis lain sibuk menghiasi diri
Dia hias Nur Ilahi pada wajahnya
Tika gadis lain sibuk mencari sang putera
Dia selesa bersama cintaNYA
Tika gadis lain sibuk bermadah pujangga
Dia tekun dengan bait kata Tuhannya
Tika gadis lain menangisi pemergian arjuna
Dia tangisi kehinaan diri sebagai HAMBA

Gadis itu...
Seperti mawar berduri
Indah dipandang namun sukar dipegang
Mulianya kerana KETAQWAAN
Cantiknya kerana KEPERIBADIAN
Kerana itu dikatakan
Dialah Gadis Idaman
Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Apabila Kau Ingin Berteman

Izzah Norlizah| 12:02 am| 2Comments|
Apabila kau ingin berteman
Janganlah pandang pada KELEBIHANNYA
kerana mungkin dengan satu kekurangan
Kau akan MENJAUHINYA

Andai kau ingin berteman
Janganlah pula dinilai kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kau akan MEMBENCINYA

Andai kau inginkan teman
Janganlah diuji akan ILMUNYA
Kerana apabila dia buntu
Kau akan MENYISIHNYA

Terimalah dia seadanya
Kerana dia teman yang hanya manusia biasa
Seperti dirimu jua
Jalinlah hubungan kerana Allah
Moga hubungan yang sentiasa dibina sentiasa diberkatiNYA
Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

11 Nov 2012

Segmen : Nak Doodle Muslimah?

Izzah Norlizah| 10:34 pm| 2Comments|
(Click Banner)

Aku nak doodle muslimah,,, :p
Bab 2 la aku nak join segmen ne,,,
Details doodle aku 2 adalah seperti berikut :
Nama pendek: Izzah
Warna Tudung : Hijau
Warna Pensel : #00ff00,#FE2E64
Mangsa tag : Kau dan engkau

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Renung-renungkan,,,,,

Izzah Norlizah| 8:05 pm| 0Comments|
Kadangkala kerana hilang cinta manusia,
Kita jumpa cinta Allah...
Setelah dizalimi manusia,kita rasai adilnya Allah,
Selepas sesat dalam gelap,kita hargai cahaya yang malap...
Tatkala hati keresahan,kita hargai erti ketenangan...
Bila tertimpa musibah,kita tahu kesabaran itu indah...
Saat hidup dalam kekurangan kita yakin ,
kesyukuran mencukupkan segalanya...
Benarlah,setelah datang malam gelita,
Baru terlihat bintang di mata indah...

Usahlah mengeluh dan berkeluh-kesah,
Atas dugaan dan ujian yang melanda,
Kerana sikap itu menunjukkan keadaan kita
Yang tidak redha dengan KetentuanNYA...
Dan jangan pula terlalu gembira hingga bersorak2an
Apabila mendapat apa yang diimpikan oleh jiwa
Kerana itu sebenarnya menjadikan kita muda alpa dan terleka...

Dalam suka dan gembira,pasti akan ada terselit duka...
Dalam senang dan bahagia,pasti akan tibanya derita...
Setiap ketentuan ALLAH itu mempunyai 1001 hikmah di sebalikNYA...
Jika Allah takdirkan terlebih dahulu derita,
DIA inginkan kita lebih bersyukur dan menghargai saat bahagia...
Dan jika Allah takdirkan dengan derita setelah kita bahagia,
Agar kita tak leka dan alpa dengan kesenangan dunia...
Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

5 Nov 2012

Buat Yang Belum Bertemu Jodohnya

Izzah Norlizah| 9:12 pm| 8Comments|
Janganlah kamu bimbang andai belum berpasangan,,,
Tapi bimbanglah andai iman mu berkurangan,,,
Janganlah kamu bimbang andai kamu tak rupawan,,,
Tapi bimbanglah andai akhlak mu murahan,,,
Kejarlah dan carilah cinta Allah,,,
Nescaya seluruh makhluk Allah akan menyayangimu...
Allah lebih tahu siapa pasangan yang terbaik untuk kita
Kerana kasih sayangNYA,,,
DIA biarkan kita kecewa buat sementara
Agar kita memahami kerenah manusia,,,
Belajarlah untuk mengenali hati dan budi,,,
Kerana di situlah ada cerminan peribadi sejati,,,
yang sudi memberikan cinta dan Kasih sayang yang murni,,,

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Persahabatan Dan Percintaan

Izzah Norlizah| 8:27 pm| 3Comments|


PERSAHABATAN...
Nilainya tiada tandingan...
Meskipun mutiara di lautan,,,
Jua tidak mampu diberikan,,,
Sebagai balasan...

PERCINTAAN...
Hadirnya datang seketika cuma,,,
Perginya membawa suka dan duka,,,
Tidak ketinggalan luka dan kecewa,,,
Itulah cinta...

PERSAHABATAN DAN PERCINTAAN...
Yang mana lebih utama,,,
Kaca dan permata,,,
Pilih antara dua,,,
Penentu bahagia...

Andainya aku diberi pilihan,
Aku lebih menghargai persahabatan,,,
Kerana di situ adanya ikatan,,,
Yang lebih ikhlas dan berkekalan...

Namun PERCINTAAN...
Tidak selalu kekal abadi,,,
Orang yang dicintai,,,
Belum tentu jadi suami,,,
Andai itu takdir Illahi...

BUATMU TEMAN...
Aku ingin kau tahu,,,
Aku menyayangimu dan menghargaimu,,,
Aku ingin selalu di samping mu,,,
Doa kudus ku sentiasa untukmu,,,
Moga Persahabatan kita kekal selamanya,,,

Khamis(09Jun2011)------------------------->02.14am
Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Tikam Sahabat Dari Belakang

Izzah Norlizah| 2:33 pm| 7Comments|
(Contoh je)

Beep,,,Beep,,,Beep,,,
Semalam dapat message dari seorang sahabat,,,
Terkejut giler baca sms nya,,,Nasib baik tak gila betul2

HOI!!!MULAI HARI INI,AKU TAK MAHU KAU DALAM HIDUP KU LAGI.AKU TAK MAHU KAU SMS ATAU CALL AKU LAGI,,,
AKU PUAS DA KENAL KAU.TAK GUNA AKU KAWAN DENGAN KAU.
SAKIT HATI SAK,ANGGAP AKU LEBIH DARI KAWAN KONOK,
TAPI DI BELAKANG MACAM APA JAK,,,
AKU BOLEH SIMPAN RAHSIA MU,NAPA KAU TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA KU???TAK GUNA HAA!!!???
SANGGUP KAU PI GITAU SEMUA ORANG YANG AKU NIE,,,,,,

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V
 
COMEL,CANTIK,VOGE,PENYAYANG,SETIA,,,
DAN YANG BUAT AKU TAMBAH MALU LAGI,
KENAPA KAU TELAH GITAU AKU YANG KAU SEBENARNYA
MAHU JADIKAN AKU IDOLA MU.  .  .:-D:-D



HuaHuaHuaHuaHua,,,Men2 ja bha, ,jan mare ah,,,Hehehehe

Kurang asam betul,,,Ingatkan betul2 da semalam 2.
Yalah sangat takut bila orang yang kita sayang
hilang kepercayaan dengan kita,,,Tidak mudah nak wat orang percaya balik dengan kita,,,Oleh itu,perbuatan Tikam Sahabat Dari Belakang
jangan berani dan jangan sekali-kali buat.Rupanya dia nak kenakan aku.
Takpa,siapa2 baca entri ne,anda juga terkena sama macam aku,,,
Kuang,,,kuang,kuang,,,Huhuhuhue(Jangan marah ya,Senyum sokmo)
Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...

Blog Direview

Izzah Norlizah| 1:17 pm| 2Comments|
Lama sudah tak bersua,,,Apa khabar semua???
Harap baik2 saja ya,,,Selama beberapa minggu
tidak berblogwalking,adakah yang merindui ku???
Kalau ada,maaf sangat2 ya,,,
Bukan sengaja nak menyepi tapi da beberapa perkara
terjadi yang tak boleh dielak langsung,,,
Kami da potong broadband sebab 2 tak boleh on9 da.
Ne pun ambil celcom yang untuk 24jam RM5,,,

Berbalik kepada tajuk asal,semalam bila check
comment dan cbox,ada rakan blogger yang
sudi mereview blog aku,,,Terima kasih banyak2 ya,,,
Kepada anda berdua,iaitu Cik Azlyzah,,,


Yang kedua pulak cik Nabila Biela,,,


Tq so much ya,,,Tak lupa juga seorang blogger ne...
Orang yang pertama review blog aku,,, Cik Aimi Syahirah
a.k.a cik Misya,,,tQ sangat2,,,


Kalau da masa yang terluang tu,rajin2 kanlah diri
baca&terjah entri sal blog aku 2,,,
Tekan header,banner dan gambar di atas,,,
Terus hinggap ke blog2 mereka,,,Bagi yang lum follow,
followlah mereka,jangan segan2.
InsyaAllah mereka akan follow kembali,,,

p/s: Tidak layak lagi nak review mana2 blog sebab
follower bawah 5++

Terima kasih sudi baca entri ini.Jika suka,komenla sekali...