
7 Tips Menulis Entri Menarik ne aku ambil daripada bloger2 senoir.
Tak lah copy paste 100 % kerana aku olah sedikit demi sedikit
menggunakan ayat dan perkataan sesedap rasa ku sendiri...
Menulis entri nampak mudah tapi sebenarnya perlu ada caranya
untuk menulis entri menarik di hati pembaca...Let's cekidout...
1. Tajuk yang menawan
Dalam menulis sesebuah entri perlu ada tajuk...
Tajuk sangat penting untuk menarik minat pembaca.
Buatlah tajuk yang menawan sehingga pembaca tertawan
untuk membaca entri kita.Tak kisah seberapa banyak masa diambil
semata-mata nak mencari idea membuat tajuk yang menawan
atau omputeh panggil 'Killer Title'...
2. Mukadimah yang awesome
Jika mukadimah sudah best dibaca, tentunya pembaca akan berfikir
isi2 entri seterusnya tak kurang hebatnya dan pembaca tak sabar2
ingin meneruskan pembacaan sehingga pengakhirannya...
Susun kata2 indah tapi bermakna dan tak jauh ke laut dari tajuk.
InsyaAllah kita akan dapat buat mukadimah yang awesome
sehingga pembaca berasa teruja membacanya...
3. Variasi / Kelainan
Semasa menulis entri,buat variasi atau kelainan.
Variasi dimaksudkan di sini letakkan gambar atau video yang berkaitan
dengan isi entri kita.Saat mata pembaca lama melihat tulisan,
kita hidangkan dengan gambar atau video untuk merehatkan mata pembaca.
Jika ada perkataan penting,kita bold kan dan besarkan perkataan tersebut.
4. Buat kajian dan perbandingan dengan blog2 lain
Dalam dunia blogging kita kena rajin berblogwalking ke blog2 lain.
Apa guna follower beribu-ribu jika satu blog follower pun kita tak pijak.
Semasa berblogwalking,jangan hanya tinggalkan jejak tetapi
baca entri2 mereka juga.Luas berblogwalking dapat meningkat pengetahuan
dan menambah pengalaman.Buat perbandingan dan kajian dengan blogger2
lain semasa membaca entri2 mereka terutamanya blogger2 popular.
Cedok ilmu di sana,ok bukan copy paste.Biar entri kita tak setanding
dan tak sehebat mereka asalkan dari pemikiran dan hasil kita sendiri.
Masih ada masa untuk memperbaiki segalanya.